~INHALE ATAU TAK?~
Nak inhale masuk peparu atau tak? Ada orang akan jawab keras sikit : "Kalau nak inhale, baik hisap rokok, pipe ni untuk merasa tembakau,".
Ada orang selamba badak je buat macam rokok. "Kalau tak sedut masuk dalam, mana nak puas!".
Ha...macamana tu. Pandangan Admin, masing-masing ada cara tersendiri. Admin secara peribadi ambil pendirian terbuka cuma lebih cenderung kepada mazhab sedut hembus tanpa inhale.
Biasanya yang suka sedut dalam adalah golongan yang masih sulam pipe dengan rokok dan puak yang dalam proses peralihan.
Admin sendiri asalnya perokok tegar. Amat bergantung dengan nikotin. Buka mata je pagi, terus capai rokok (kadang-kadang tak sempat nak minum air kosong dulu, asap dah masuk peparu. Rosak badan).
Ada kajian menyatakan, tahap kebergantungan seseorang kepada nikotin boleh diukur dengan tempoh rokok pertama yang dicucuh selepas bangun tidur. (Sebab masa tidur, kandungan nikotin dalam darah berkurangan, bila bangun tidur nak kena top up).
So, sesapa yang hisap rokok selepas lima minit bangun tidur tu kiranya level kronik lah penggantungannya.
Dalam proses peralihan dulu, Admin degil, tetap menyulam, rokok isap, pipe pun hisap. Selalu Joe Kamari (Founder Mampos) membebel suruh fokus dengan pipe sahaja.
Lan Johari (RJ Pipe) pun bebel benda sama dulu masa kami makan roti canai empat segi di Bukit Beruntung dulu.
Tapi masa tu, mana boleh tak kena vitamin nikotin dengan kaedah sedutan asap. Tapi sekarang, Admin dah bebas rokok (rokok beli), cuma dalam seminggu ada la kena sebatang rokok pau dari kawan-kawan di pejabat. Rasa pun dah tak kick. Bau rokok dalam tandas pejabat pun terasa busuk.
Hehe...lupa diri yang dulu pun masuk berurusan di tandas layan rokok juga.
Kalau pasal asap pipe, Admin ada inhale juga 2-3 pam masa awal-awal cucuh (masa tu tembakau masih fresh) kalau layan tembakau pipe yang tak keras.
Kalau yang keras, memang 100 percent sedut hembus jer sebab Admin percaya, Nikotin tetap masuk melalui air liur dan sel pipi ke dalam saluran darah. (teori Admin lah hehe). Sebab tu orang tua dulu-dulu layan sentil tembakau dan mat salleh eropah suka layan Snuff (sedut serbuk tembakau melalui hidung) dan Snuss (letak peket tembakau bawah lidah).
Hujah mazhab jangan inhale asap tu sebab nak elakkan kesan kepada kesihatan. Betul lah, lebih selamat sebab risiko penyakit
berkurangan.
US Surgeon General report “Smoking and Health” (No. 1103, page 112) menyatakan (lebih kurangnya) “Kadar kematian untuk pipe smoker pada masa ini (thun 1964) adalah rendah namun lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok. Walaupun bagi seorang pipe smoker yang melayan 10 bowl sehari berbanding perokok selama 30 tahun dan lebih".
Di Page 92 laporan yang sama juga menyatakan: “Jangka hayat Pipe smoker yang menyedut asap ke dalam peparu adalah setanding dengan orang tidak merokok dan pipe smoker yang hanya sedut dan hembus hidup lebih lama berbanding orang tidak merokok,".
(Translation main bantai jer hahaha)
Seronok dan lega dengar laporan tu kan. Tapi itu report tahun 1964. Kaedah kajian masa tu dengan zaman sekarang berbeza :-)
Jangan kita lupa, sedut hembus pun ada risiko juga. Kanser mulut terutama lidah...
Maklumat tambahan
---------------------------
Norhafizan Halib kata:
*************************
Fizan semua isap, lucky strike kt pat keje, pipe kt umah, vape kt jamban, kt umah jugak, cigar pon isap.
Inhale kt vape je sbb majoriti mod open draw sbb nk kejar vapour.
TETAPI, produk tembakau fizan x inhale ye, walaupon lucky strike kt tempat keje (singapore susah sket nk bawak2 pipe ni CNB atau central narcotics bireou ni slalu chk dan banyak tnye plak mase chkking...
Berbalik kepada istilah x inhale ni fizan ada satu istilah yg fizan penah baca untuk fast nicotin hit bg yg x inhale.
SNEEZE, fizan sneeze out semua produk tembakau.
sneeze ni lepas kot idong la tetapi bukan melalui inhale.
mula2 tu susah sket pada yg x biase, caranya telan asap tu dan hembus udara dlm paru2 melalui hidung.
nicotin ni lagi cepat hitnya melalui cara ini....
Ampun kalo salah atau terbatuk terkeluar anak tekak ketika melakukan eksperimen ini.
ekekekeke
Segenggam Bara kata:
**************************
Bagi aku lah, sama ada isap pipe semata2 atau sulam dengan rokok tu, terpulang kepada empunya diri. Yang penting dapat menikmati dan 'menjiwai' pipesmoking tu..
Pasal inhale atau pun tidak, cara yg terbaik utk menikmati 'flavour' tembakau melalui pengalaman sendiri yg masih belajar ni, kaedah inhale akan menghilangkan sedikit sebanyak flavour sebenar yg ada pada baccy tu. Deria rasa belum sempat nak capture flavour2 yg ada, dah disedut masuk ke paru2. Asap yg di exhale pulak dah tak mengandungi full flavour baccy, mungkin pasal dah masuk paru2...
Bagi perokok yg baru2 mencuba pipesmoking, mungkin rasa agak kekok bila asap tak di inhale, sekadar dalam mulut, kemudian hembus keluar. Tapi lama2, ok lah.. Masa asap dalam mulut tu, deria rasa akan dapat tangkap flavour2 baccy. Apa main-driver utk blend tersebut. Apa co-driver. Apa back seat passenger nya, kalau ada . Dari situ kita boleh belajar mempertajamkan deria rasa, mengenal rasa tobacco yg digunakan seperti virginia, burley, perique, oriental, latakia dan sebagainya...
Maaf kalau ada silap, hanya menulis melalui pengalaman sendiri...