Tuesday, November 12, 2019

SHARING

Sharing is caring. 
perasan tak ada lapisan nipis hitam dalam paip baru? kenapa dan apa fungsinya? Sebenarnya ia di panggil “charcoal” atau orang kita panggil arang. 


Senang je nak buat tu, gosok arang dekat kertas pasir lepastu bancuh dengan air, pinjam berus anak atau bini sapu nipis-nipis. Sesetengah orang kata paip baru boleh la, macam mana dengan paip lama? Nak rasa jugak pergi kedai beli filter yg ada charcoal. 

Sebenarnya bila goggle godek2, baca komen ada juga orang yang memang hendakkan rasa arang tu dalam asap paip dan Sebab itu juga di buat filter charcoal. Katanya tak jejaskan rasa, tapi arang mampu mengurangkan nikotin dan kelembapan kayu disebabkan oleh tar(minyak).

Ini sebenarnya satu non-issue, kerana saya belum pernah dengar ada orang sapu arang kat bowl dia. 

Nipiskan cake (lapisan arang) kat bowl tu ada la. Setahu saya, lapisan cake keliling bowl tu mesti la senipis duit siling 50 sen untuk menghindari bowl dari retak. 

Jadi pasal arang ni, sebenarnya hanya disaluti keliling bowl semasa paip tu baru oleh beberapa pembuat paip. 
Ini bukan untuk rasa, tapi lebih kepada menolong pemaip break-in sesuatu pipe baru supaya bowl baru tu tak terbakar. 

DAN supaya senang bowl tu disaluti arang asap temako untuk menjadi cake semasa breaking-in. Perkara kedua ialah adanya pemaip yang nakkan rasa arang, maka sebab tu filter gunakan arang? Ini sudah jauh lari dari kenyataan. Arang (charcoal) adalah filter terbaik untuk udara dan air dan ramai kata minum air yang ditapis arang manis rasanya. Air tu terasa manis kerana ianya bersih setelah ditapis, bukan arang tu yang buat dia manis. Begitu juga dengan filter paip yang dibuat dari arang, ianya menapis bahan2 yang memudaratkan dan membersihkan aroma2 asap paip tu. Itu saja. Sebenarnya arang (charcoal) terbaik dalam dunia ni adalah arang yang diperbuat dari tempurong kelapa yang dibakar. Telah dikaji bahawa arang tempurong kelapa sebesar kotak mancis boleh menapis dan membersihkan udara seluas satu gelanggang tenis atau air sebesar kolam mandi hotel. Bayangkan kebaikan arang sebagai pipe filter. Bayangkan juga bahawa dalam dunia ni hanya ada satu kilang saja yang membuat arang dari tempurong kelapa (pharmaceutical grade) dan kilang itu dah lama beroperasi di Malaysia. Ada paip2 saya yang berfilter, dan dari pengalaman, filter terbaik (pada saya la) ialah Dr Perl Junior buatan Vauen, besar kemungkinan dari arang yang dieksport dari Malaysia. Orait la sahabat2, sweetsmokes.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...