Pada saya..menghisap cigar @ cerut telah menjadi gaya hidup selain berpipe. Ia sesuatu yang menyeronokkan, malah lebih selamat daripada menghisap rokok di mana cerut mengandungi 100% organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya berbanding rokok biasa..mungkin bagi sesetengah mereka yang tidak merokok ini merupakan ayat klise biasa bagi perokok tegar spt saya.
Apa itu cigar @ cerut..?
Cigar atau cerut adalah sejenis tembakau yang digulung dan bahan tembakau yang telah dikeringkan serta diperam. Tembakau yang digunakan dalam penghasilan cigar bersih daripada sebarang chemical, nikotin dan tar bukan seperti rokok.
Cara menghisap cigar tidak seperti menghisap rokok dan cigar tidak boleh disedut seperti rokok. Sebatang cigar hanya disedut dan asap dikumpulkan di dalam mulut kemudian dihembus keluar perlahan- lahan. Namun, ada sesetengah orang tidak menggemari baunya yang sangat kuat.
Antara pengeluar cigar terbaik di dunia adalah dari negara Cuba di Kepulauan Carribean. Terdapat juga negara pengeluar lain yang kualiti setanding seperti Nicaragua, Republik Dominican, Honduras, USA serta Indonesia. Sejarawan menegaskan bahawa ladang tembakau pertama diusahakan pada abad ke-18 oleh negara-negara timur tengah dan telah berkembang ke negara barat sejak tercetusnya revolusi perindustrian dan pertanian di Eropah. Sejak itu, tembakau menjadi komoditi eksport utama seluruh rantau eropah dan dunia.
Terdapat tiga kawasan terbaik di negara Cuba dalam pengeluaran tembakau cigar berkualiti tinggi iaitu di Vuelta Arriba, Partido Semi Vuelta dan Vuelta Abajo. Hal ini disebabkan kerana struktur tanah dan cuaca yang sangat sesuai untuk penghasilan daun tembakau terbaik.
Daun tembakau biasanya ditanam di kawasan tropika di mana suhu sentiasa hangat dan kelembapan yang sangat tinggi. Oleh itu, cara penyimpanan (storage) amat dititik berat untuk menjaga mutu dan kualiti daun tembakau dengan suhu yang sentiasa dipantau.
Pada masa dahulu, proses penghasilan cigar daripada daun tembakau terpilih mengambil masa lebih 12 bulan sebelum dipasarkan, tetapi sekarang pemprosesannya dikurangkan menjadi 6 bulan akibat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, kualiti cigar tetap dijaga semasa proses penghasilan dan pengilangan.
Semasa proses penghasilan cigar dilakukan, jenis potongan daun tembakau amat dititikberatkan. Jenis potongan cigar akan memberikan rasa yang berbeza. Terdapat tiga jenis potongan iaitu potongan kecil, sederhana dan potongan penuh. Semakin panjang atau penuh potongan akan memberikan rasa tembakau yang kuat dan mengeluarkan asap yang banyak ketika dusedut.
Kualiti sesuatu cigar bergantung 100% pada proses pengeluaran. Malah kualiti sebatang cigar buatan tangan dipercayai bergantung kepada 'mood' atau perasaan seseorang penggulung (torcedor) sewaktu menghasilkannya. Semasa di kilang, setiap torcedor hanya dibenarkan menggulung sejenis cigar sahaja. Hal ini penting bagi memastikan konsistensi kualiti cigar yang dihasilkan. Misalnya torcedor cigar berkemahiran tahap tinggi iaitu tahap 9, hanya dibenarkan menggulung cigar bersaiz besar bagi memastikan jaminan kualiti cigar itu. Selain kemahiran menggulung, kepakaran memilih daun tembakau dan menggabungkan rasa mengikut permintaan pelanggan adalah satu kemestian yang perlu ada pada semua penggulung cigar. Penghasilan sebatang cigar yang baik dan berkualiti adalah satu proses yang menyeluruh, daripada proses penanaman tembakau, penuaian sehinggalah pemilihan daun, penggulungan dan pembungkusan perlu dilakukan secara teliti.
Apabila berbicara tentang pemilihan cigar, sudah pasti kita tidak terlepas dengan perkataan "maduro". Maduro bermaksud "matang" atau "masak" dalam bahasa Sepanyol. Sebab itulah cigar jenis maduro bewarna coklat gelap. Proses menghasilkan daun tembakau pembalut maduro memakan tempoh yang lama. Selepas daun dipetik, ia disimpan dalam bangsal pengawetan sehingga 45 haru sehingga warna daun tembakau bertukar dari hijau kekuningan ke warna perang. Daun ini kemudian disimpan selama bertahun-tahun untuk mencapai warna yang lebih gelap. Proses penuaan ini dilakukan bagi mengeluarkan kandungan gula semulajadi dalam daun tembakau, menjadikan cigar lebih gelap berkaramel serta menghasilkan aroma manis yang berbeza-beza. Daun tembakau yang digunakan untuk menghasilkan pembalut maduro biasanya lebih tebal kerana perlu melibatkan proses penapaian yang lebih lama. Sekiranya daun tembakau nipis, daun pembalut akan mudah hancur.
Apa itu cigar boutique..?
Cigar boutique ialah cigar yang menawarkan rasa yang konsisten serta berkualiti dan dihasilkan dalam jumlah pengeluaran yang kecil. Setiap pengeluar biasanya akan memastikan cigar keluaran mereka memenuhi standard kualiti yang sangat ketat. Sebab itu pengeluaran cigar boutique amat menitikberatkan proses penghasilan dan pengeluarannya yang sangat istimewa. Oleh itu cigar boutique menawarkan gabungan dalam penghasilan cigar yang mempunyai profil rasa serta aroma yang unik dan sangat istimewa kepada peminat cigar. Penghasilan cigar boutique tidak ditentukan oleh mekanisme harga pasaran biasa tetapi berdasarkan kualiti dan keunikan rasanya yang istimewa. Antara jenama pengeluar cigar boutique yang terkenal seperti syarikat Drew Estate, Oliva dan My Father. Manakala antara jenama cigar yang popular dalam kalangan peminat seluruh dunia yang melambangkan gaya status ialah Cohiba, Hoyo de Monterrey, Romeo Y Julieta, Davidoff, Trinidad dan Fonseca.
Sama ada sebatang cigar itu dibuat dengan tangan atau mesin, proses pembuatan cigar adalah satu seni bagi menghasilkan cigar berkualiti tinggi dengan rasa dan aroma unik dan tersendiri. Oleh itu, setiap pengeluar mempunyai kaedah tersendiri yang unik dan penuh rahsia dalam menghasilkan produk terbaik di pasaran seluruh dunia.
Lapisan daun tembakau untuk menghasilkan lebih berkualiti.
Pilihan cigar boutique dipasaran
Tumpang tanya mana nak beli cigar2 mcm dlm gambar tu ya? Kalau ada blh sertakan link skali.. tq
ReplyDelete