Tuesday, September 17, 2019

Tentang pipe GBD

GBD pipes -


Sedikit sebanyak sejarah GBD paip yang diasaskan oleh 3 orang sahabat - Granneval, Bondier & Donniger di Paris pada tahun 1850. 

Dikatakan antara pipemaker yang mula-mula menggunakan kayu briar dalam pembuatan paip-paip mereka.

Yang mana pada tahun 1903, mereka berhijrah ke London dan telah membuka kilang pembuatan disana.

Dikatakan paip-paip keluaran GBD pada tahun-tahun berikutnya mampu menandingi paip-paip keluaran syarikat-syarikat lain seperti Dunhill dan Charatan yang pada masa itu telah menghasilkan paip-paip bermutu tinggi (High end pipes).


Dari situ, GBD telah melalui pelbagai transformasi  sebelum pada tahun 1981, GBD yang telah diambil alih oleh Oppenheimer, telah digabungkan dengan Comoy dan dari situ bermula lah zaman kegelapan/kejatuhan pipe2 keluaran GBD. 



Pengenalan dan sejarah silam

Bawah ni salah satu GBD 




                         Contoh GBD yang saya ada

Namun begitu, pada era kegemilangan nya (1903 - 1980), GBD telah menghasilkan beberapa series paip keluaran mereka yang diakui bermutu tinggi dan di buru oleh peminat-perminat paip vintage bermutu tinggi masa dulu & sekarang. Antara koleksi series nya yang mempunyai mutu & nilai yang tinggi adalah seperti -


Pedigree.

Pedigree I,II & III.

Prodigy.

Virgin.

Verichrome.

Prestige.

New Era.

Prehistoric.


GBD adalah diantara syarikat pembuat/pengeluar paip yang mempunyai sejarah yang complex.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...