Wednesday, October 9, 2019

MEMILIH PIPE

~MEMILIH PIPE~
(Briar)

Selamat pagi!

Bab ni boleh memeningkan kepala sikit. Kalau masuk kedai pipe, mesti rambang mata nak pilih yang mana satu. Lagi pening bila tengok harga. Yang harga sedang-sedang ada, nak yang mahal atau luar biasa mahal pun ada.

Tapi rileks, pipers orangnya sabar. Dia pergi step by step. Kita kupas secara asas dahulu.

Untuk panduan ini, kita tumpu kepada pipe yang diperbuat daripada kayu briar. Bahan lain pun ada juga digunakan macam tanah liat, porcelin, labu calabash, buluh, meerschaum, kayu pokok zaitun dan strawberi.

Pembuat pipe tempatan pun ada yang guna macam-macam kayu dari hutan kita. Tapi buat masa ni kita fokus kepada briar dulu lah ye.

Balik kepada briar yang di sebut tadi, pokok dia confirm tak tumbuh dalam hutan kita atau negara-negara rantau Asia ni. Briar ni sebenarnya bahagian bonggol pokok 'white heath' yang tumbuh di wilayah di sekitar Laut Mediterranean.

Bonggol ni dia duduk dalam tanah, antara akar dan batang pokok. So, briar ni bukannya kayu di bahagian batang, dahan mahupun ranting.

Antara tempat tempat yang yang terkenal dengan pengeluaran briar ialah Corsica (pulau kedua terbesar di Laut Mediterranean selepas pulau Sicily), Itali, Sepanyol, Perancis dan Algeria.

Apa yang istimewanya briar ni sampai digunakan untuk buat pipe sejak 150 tahun lampau? Briar ni keras, tahan bara api (tapi baling dalam api mestilah terbakar juga) dan aromanya juga semulajadi bila kena panas bara. (Tak berbau yang bukan-bukan).

Satu lagi kelebihan briar ialah coraknya. Corak ni juga menjadi penentu harga. Ada corak ira yang lurus (straight), macam api (flame) dan mata burung (bird’s eye).Abaikan dulu bab corak ira kayu ni dulu sebab benda ni lebih kepada art side. Apresiasi seni!

Dari segi kaedah buatan, yang banyak di kedai pipe tu macam brand Peterson, Stanwell, Chacom, Big Ben, Savinelli dan Vauen (sekadar menyebut beberapa nama) dibuat di kilang. Dari segi harga, bersedialah untuk belanja dalam kurang lebih RM200 ke atas. Kalau rajin mencari, boleh dapat yang harga bawah RM200.

Ada juga pipe yang dibuat oleh tukang-tukang perseorangan yang dipanggil artisan. Artisan pipe ni macam handmade (walaupun lathe dan mesin drill digunakan). Harganya lebih mahal. Di Malaysia ni pun ramai artisan tapi kita cerita lain kali lah ye.

Selain pipe yang dibuat daripada briar, Admin juga mencadangkan orang yang baru nak mula belajar hobi menghisap pipe ni mendapatkan corn cob pipe.



Proses mengali untuk mendapatkan bongol briar




Inilah rupanya bonggol briar yang kemudiannya bakal dipotong untuk membuat pipe.



Contoh corak ira kayu briar .
Maaf tak berapa jelas coraknya 




Contoh pipe piterson yang dibuat oleh kayu briar

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...