Sejak ratusan tahun yang lampau, apabila pipe merokok telah dicipta..imej yang terlintas difikiran sudah pasti kayu Briar@ Mawar Liar. Apakah Briar wood..? Dari mana datangnya dan mengapa ia menjadi bahan yang paling popular untuk menghasilkan pipe ?
Briar ialah burlwood pokok Rawa Putih yang tumbuh di persisiran laut Mediterranean. Antara kawasan yang terkenal dengan pengeluaran mawar liar di dunia ialah seperti di Corsica, Itali, Sepanyol, Peranchis dan Algeria. Burl Briar tumbuh di bawah permukaan tanah di antara akar dan batang pokok itu. Pada masa lalu, keseluruhan pokok telah dituai untuk mendapatkan burl, tetapi pada hari ini terdapat kaedah untuk pembiak bakaan burl bagi membolehkan pokok itu terus berkembang.
Briar ialah sejenis kayu tahan panas dan keras dengan aroma yang agak neutral apabila terdedah kepada haba yang menjadikan ia bahan paling sesuai untuk membuat pipe merokok. Burl briar juga mempunyai gentian ira kayu yang menarik dan indah terpacar daripada titik pusat kulit luar. Apabila pipe itu dibuat dan digilap, terdapat pelbagai corak yang muncul. Ira atau corak kayu burl yang indah itu seolah-olah hidup bergerak ke arah tertentu mempamerkan corak pembakaran yang dipanggil "bijirin api". Percikan @ flame ini lebih menyerlah jika dibalikkan di bawah cahaya lampu terang.
Sebutir briar yang berharga ialah yang mempunyai corak sekata dan selari serta berkembang mengikut garis kountor kayu. Manakala terdapat tompokan atau titik-titik kecil pada blok kayu yang menunjukkan kepadatan dan berpusar-pusar seolah-olah satu kelompok titik yang sangat indah dikenali sebagai " mata burung@ bird eyes".
Oleh kerana Briar tumbuh di bawah permukaan tanah, ia cenderung untuk mempunyai poket udara kecil, lubang pasir dan juga kepingan kecil darioada batu di dalamnya. Justeru, ini adalah salah satu sebab bahawa pipe yang diukir dengan tangan boleh menjadi begitu mahal. Bayangkan seorang mastercraft mengambil blok kayu, membentuk dengan sempurna sambil meneliti kedudukan ira/corak kayu yang luar biasa dan kemudian mengemplas halus pori-pori yang tidak dikehendaki sehingga corak-corak halus yang menarik dan indah kelihatan. Manakala jika terdapat sebarang kecacatan pada blok kayu itu terlalu dalam dan ketara, maka digunakan teknik "rusticating" atau semburan pasir (sandblast). Jika dahulu blok kayu yang cacat ini dibuang begitu sahaja dan tidak berharga..tetapi dengan kepakaran mastercraft, teknik rusticating dan sandblaster menjadi penyelamat dan ternyata hasilnya amat mengkagumkan.
Hari ini, permintaan yang tinggi terhadap kayu Briar menyebabkan kayu-kayu briar yang tumbuh di kawasan berbatu di lereng-lereng bukit dikeluarkan dan dibawa ke kilang untuk proses pemotongan blok.
Terdapat beberapa proses yang dilakukan seperti pemotongan blok kepada sudut kuasa dua selari (ebauchons) atau dipotong kepingan dengan membiarkan lapisan berkarang luar yang utuh. Dengan meninggalkan lapisan kulit luar yang keras, membolehkan pengukir menghasilkan pipe bercorak beralun yang sangat menarik. Proses kedua, iaitu "boiling" akan dilakukan di mana blok kayu direbus dalam air panas untuk tempoh masa tertentu bagi mendapatkan "sap" daripada kayu. Selepas itu, proses pengeringan blok dilakukan menggunakan udara kering secara semulajadi. Proses ini mengambil masa beberapa tahun. Namun, ada juga yang menggunakan kaedah tanur kering (rumah asap) yang mengambil masa yang lebih singkat iaitu dalam tempoh beberapa bulan dan minggu. Kaedah pengeringan secara tanur perlu dilakukan dengan teliti supaya blok kayu tidak retak akibat berlaku pengecutan yang lebih cepat semasa proses pengeringan haba berlaku.
Setelah blok kayu sedia untuk digunakan, sebelum dijual akan dibuat proses penggredan. Blok kayu biasanya digred mengikut tempat asal kayu, warna blok, corak/ira kayu dan juga beberapa kriteria lain. Apabila sampai ke tangan pengukir, bagi menghasilkan sebuah pipe, blok kayu akan direbus ke dalam minyak panas bagi mengeluarkan "sap" daripada briar. Proses ini bertujuan menjadikan kayu lebih keras, tahan panas dan memberikan rasa pedas apabila disalai. Setelah blok kayu siap dirawat, barulah lakaran bentuk pipe dibuat pada blok dan dipotong mengikut bentuk yang diingini. Bentuk yang kasar ini akan diemplas dengan terperinci sebelum dipasang stummel @ batang paip. Proses penghasilan pipe buatan tangan berbeza dengan pipe buatan kilang.
Akhir sekali, pengukir akan memberikan penampilan yang menarik pada karya mereka dengan mengambil kira sebarang kecacatan yang ada. Teknik sandblaster boleh digunakan bagi meninggalkan lapisan kayu yang lebih keras dan utuh serta dapat memperlihatkan kesan penuaan pada kayu secara semulajadi. Hal ini menjadikan pipe kelihatan lebih unik.
Sejak pipe daripada mawar liar yang pertama dihasilkan kira-kira 150 tahun yang lampau di St.Claude, Peranchis,..burl rawa telah mengukuhkan kedudukannya sebagai bahan pilihan untuk penghasilan pipe merokok yang bermutu tinggi dan menjadi pilihan utama di seluruh dunia.
Adalah menjadi harapan agar mastercraft pipe tempatan sama ada yang mahir mahupun yang baru berkecimpung dalam bidang ini seperti Sifu Johnsson Ooi, Sifu Joe Kamari, Sifu Komeng Sixozone, Sifu Jebat Malaya, Sifu Masnizam Moktar, Sifu Abi Hariths, Sifu Wan Rito dan beberapa nama besar yang lain dapat menengahkan penghasilan pipe bermutu tinggi menggunakan bahan kayu tropika tempatan yang tak kurang hebatnya seperti kayu teras asam jawa, teras kemuning, penawar hitam, kayu johol/juha, buah pinang, serat kulit manggis dan pelbagai lagi mengikut acuan tempatan dan di "patern"kan selaras dengan perkembangan semasa...
...Adios guys..!
Akar briar dalam bentuk Rough semulajadi
Blok burl briar yang dipotong
No comments:
Post a Comment