Thursday, October 31, 2019

permulaan hisap pipe

PIPE SMOKING 1 2 3
~KATEGORI TEMBAKAU~

Secara umum, tembakau boleh dipecahkan kepada tiga bahagian utama iaitu aromatic, non-aromatic dan english blend. 

Aromatic
------------
Tembakau jenis ini berbau wangi dan ada flavour macam vanilla, cherry, choclate dan lain-lain.

Wangi tu sebab dalam proses penyediaan, tembakau ini disembur dengan cecair yang ada bau dan flavour tadi atau dicelup terus sebelum dikeringkan. Proses ini dipanggil topping dan casing.

Sebab tu lah, tembakau aromatic ni tinggi kandungan gula dia dan lebih lembap masa dihisap. Dengan kata lain, cenderung menyebabkan tounge bite (lidah melecur, pedih). 

Tapi punca tounge bite ni bukan sebab jenis tembakau semata-mata, ada faktor lain macam cara mengisi tembakau dalam bowl dan cara sedutan. Kalau dah sedut laju macam hisap rokok, memang panaslah asap yang masuk mulut (dan mendarat atas lidah).

Tembakau yang terlebih lembap juga menyebabkan pembakaran menjadi lebih sukar. Untuk atasi masalah ini, ambil beberapa cubitan tembakau yag ingin dihisap dan kiraikan atas sekeping kertas untuk tempoh tertentu bagi tujuan air dried.

Tips ini juga boleh digunakan untuk tembakau jenis lain. Ada yang membiarkannya terdedah kepada udara semalaman. Ada tembakau menjadi lebih sedap apabila dikeringkan dengan kaedah ini. Yang penting, kena rajin eksperimen.

Ramai pipers bermula dengan baccy jenis ni. Admin sendiri bermula dengan Mac Baren Cube Silver. Sampai hari ni masih hisap walaupun bukan hari-hari sebab dah beralih arah kepada tembakau jenis lain yang lebih keras dan asli rasa tembakaunya.

Pandangan peribadi Admin, tembakau jenis ini kurang kick bagi pipers yang beralih dari rokok (yang masih ketagih dengan nikotin).

Kelebihan utama tembakau ni, bau dia memang best. Awek suka dan orang sekeliling tak kisah sangat kalau kita memaip dekat dia sebab dia pun ambik bau.

Non-Aromatic
--------------

Campuran tembakau yang hanya bergantung 100 peratus kepada kandungan asli tembakau untuk menghasilkan rasa dan aroma. 

Dengan ayat yang lebih mudah, tembakau ni lebih jantan. Tembakau asli!!! Rasanya lebih padu dan memuaskan.

Melekat rasa pahit-pahit lemak dalam mulut selepas selesai memaip. Tembakau ini juga sesuai untuk perokok yang berhijrah kepada pipe.

English blend
-------------
English dengan non aromatic ni macam adik beradik juga. Tak ada bau wangi macam aromatic. Tembakau jantan! 

Berdasarkan maklumat di Internet, sehingga 1986, bahan tambahan tak dibenar dicampur dalam tembakau buatan England. Atas sebab inilah, tembakau berkenaan dipanggil English blend walaupun tembakau yang sama turut dibuat di negara-negara lain.

Mana-mana blend yang mengandungi tembakau oriental khasnya Latakia akan dianggap sebagai English blend yang sebenar. 

Jumlah tembakau Latakia yang digunakan dalam mana-mana blend juga  akan menjadi kayu ukur yang menentukan tahap kekerasan tembakau English blend.

Antara gabungan tembakau lain yang biasa digunakan dalam English blend ialah Virginia dan Perique.

Nak cam bau tembakau English blend ni mudah sahaja. Ramai pipers Malaysia menyamakannya dengan bau asap unggun api masa berkhemah, bau kulit (bukan kulit manusia tapi kulit lembu dan binatang lain yang telah siap diproses) dan yang lebih ekstrem lagi, ada yang menyamakannya dengan bau tayar terbakar. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...