Thursday, October 31, 2019

apa yang paling digemari

* Apa baccy yang paling digemari, yang kerap dihisap?

Kebanyakan tembakau digemari terutamanya yang mengandungi campuran latakia. Tiada satu jenama atau jenis tembakau yang berkekalan digunakan sehari-harian. Ini disebabkan kesukaran mendapatkan sesuatu jenama di mana-mana kedai tembakau. Jadi sering terputus bekalan.Buat masa ini tembakau jenama Reiner Blend 36 menjadi santapan harian. 

* Dalam koleksi pipe yang ada, yang mana paling digemari, kenapa?

Paip kegemaran ialah Peterson Aran No.15 kerana bentuknya lurus, ringan, tidak terlalu besar atau kecil dan bentuknya tidak dimakan zaman.

* Masa memaip, biasanya suka buat apa? termenung? layan kopi?

Masa mempaip biasanya suka melayari Internet, membaca pelbagai bahan bacaan  atau menjawab soalan-soalan daripada rakan-rakan berkaitan aktiviti mempaip sama ada di Facebook, Instagram atau What’sApp. Kadang-kadang mempaip sambil memetik gitar atau ukulele.

* Straight pipe atau bent pipe yang jadi pilihan, kenapa?

Pilihan paip sudah tentunya “straight pipe” berbanding “bent” kerana paip berbentuk bent kelihatan berat dan tidak nampak sesuai dengan perwatakan. Paip berbentuk lurus lebih kelihatan “cool” dan nampak muda.

* Sehari berapa bowl? 

Puratanya 5 bowl sehari tetapi jika berpipesmeet lebih daripada 10 bowl. Bagaimana pun, isian tembakau pada setiap bowl kebiasaannya ¾ atau ½ bowl. Jadinya,setin tembakau seberat 50g kebiasaannya mampu bertahan selama tidak kurang daripada 10 hari.

* Pandangan tentang cigar?

Wow, cigar. Sangat menarik untuk dihisap. Hanya menghayati cigar selepas mempaip iaitu selepas memahami kaedah menikmati tembakau. Dahulu merokok dan tidak ada dalam fikiran untuk belajar cara-cara merokok dan menghayati rokok. 

Maknanya kegiatan merokok itu tidak membawa kepada perubahan pemikiran, tidak membawa kepada penghayatan terhadap apa yang sedang dilakukan berbanding mempaip. 

Apabila mula mempaip dan menyertai pelbagai kumpulan mempaip dan membaca pelbagai review berkaitan mempaip barulah memahami bahawa mempaip itu bertujuan menikmati rasa tembakau. Barulah belajar teknik “merasai” rasa tembakau. 

Bagaimana dapat merasa rasa tembakau jika asap yang dihisap di”inhale”. Bahagian anggota badan di dalam mulut yang dapat merasa ialah lidah. Jadi, asap tembakau yang dibakar sewajarnya berlegar-legar di dalam mulut agar lidah dapat merasa pelbagai rasa tembakau. 

Sejak itu mulai belajar menikmati cigar dan tekniknya sama seperti menghisap paip. Bagaimana pun, menghisap cigar hanya dilakukan pada ketika-ketika tertentu kerana harganya yang agak mahal berbanding tembakau paip.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...