Mungkin kita sering kali ditanya oleh kawan kawan kenapa kita hisap pipe ? apa rasa hisap pipe ni ? macam mana nak hisap pipe ? berapakah ongkos nya dikira ?
jadi nak cara senang , kita bawa kawan tu pergi ke kedai2 yang menjual tembakau , pipe dan cigars yang berhampiran malah , boleh dikatakan di merata tempat juga ada. disitu kita boleh sembang pasal pipe mungkin ditambah dengan servis dari wakil kedai tersebut. Haa , sambil kawan tu meraba2 pipe2 yang dijual , dan ini lah peranan citarasa sendiri mula bekerja.
recommend yang baik2 pada dia , amek kira kualiti bagus selalunya untuk yang baru nak mula , lebih kepada materialnya yang jenis solid (briar khususnya) , boleh juga mula dengan jenis jagung (corn cobs) dan dari segi bentuk yang tradisional , hingga ke keunikan hasil kraf tangan pipe maker baik internasional mahupun lokal. inilah antara highly recommended.
bincangkan kosnya , start dari rm100 - rm300 adalah harga yang kawtim siap satu set.
*kalau lebih skit bajet , letak rm400 dapat dating dengan Adel kat amansari satu malam siap makan. (bagi siapa yang faham tu , kawan tak kahwin lagi.)
kita juga boleh sembang pasal bentuk asas pipes untuk membantu kawan tu pilih. memang terdapat terlalu banyak jenis , tapi yang asasnya cuma 4 sahaja. terdiri daripada BENT , STRAIGHT , CHURCHWARDEN (penjaga surau) dan TWO-CHAMBERED.
i. BENT (yang jenis bengkok)
secara amnya dicipta dengan size yang standard. atau kebanyakan orang memanggil jenis standard ni "english" styles sbb ada banyak juga (tak semua) yang berasal dari England. senang kira , ia mudah disangkut dimulut , hands free tanpa perlu gigit kuat sangat. kalau dari segi penyalaan , bagi saya , jenis bent ni , angin sedut nak kena kuat skit , tak perlu pakai turbo , kuat skit je dari straight. dan ia juga boleh kira susah sikit untuk cleaning berbanding straight. sebab dia bengkok.
ii. STRAIGHT (selaras , lurus , jalan yang benar)
sejarah yang sama seperti introduction pasal bent. walaupun standard , tapi nampak lebih gagah. berlawanan pula dengan ciri2 bent , straight pipe ni sangat senang dari segi penyalaan nya yang tak perlu turbo , untuk cleaning dan dibawa kemana2 , akan tetapi , untuk dapatkan feel hands free tu agak susah sikit kerana kena gigit kuat sikit untuk kekal sangkut. dan sebab ini lah selalunya jika anda nak hisap straight , kena duduk relax dulu , dunhill nightcap sambil minum kopi songkok.
iii. CHURCHWARDEN (penjaga surau/gandalf)
bila tengah sedap layan straight kan , mahu lagi relax , kita cuba churchwarden pula. keunikannya terletak pada size stem nya yang panjang. kengkadang boleh jumpa bowl besar ada , bowl kecik skit dari standard pun ada. ia juga sesuai untuk short time smoke tapi kata nak relax , so boleh nyambil2 tengok movie ke , membaca ke sebab churchwarden ni memang jauh dari muka dan boleh siap parking atas perut je. tp panas tu hati2. penyalaannya adalah satu seni dan senaman nafas bagi saya. sebab stem panjang , jadi sila buka vtec turbo anda dulu , baru puff , dan yang menariknya , bila saat asapnya melalui sepanjang stem tu , ia juga dapat mengurangkan tahap kepanasan haba tu dari mulut kita. Kira harganya pula , mungkin agak tinggi , minimum rm 250++
iv. TWO-CHAMBERED (takung air)
calabash antara bentuk yang mempunyai two-chambered. atau sekarang ni anda boleh jumpa bermacam jenis lagi yang dah ada konsep takung air ni haa. cthnya , brand peterson.. mempunyai ciri yang sama macam churchwarden dari segi penyalaan , pengurangan kesan haba panas , dan yang paling penting , air dari haba atau (tembakau flavouring memang banyak yang berair) yang terjadi didalam chamber pipe tu akan kekal di second chamber tersebut. (air ni juga boleh kasi tongue bite) apa pun , memang terdapat pelbagai dah jenis2 yang two-chambered ni. dan ia memang amat sesuai untuk duduk relax sama dengan churchwarden dan boleh ah bako member utk beli gak kan.
ini antara asas bentuk yang anda boleh recommend pada kawan tu. sebenarnya , tak kira anda pakai apa bentuk pun , jangan sedikit pun rasa malu , teruskan je hisap pipe. kalau berenang tu boleh hisap pipe , dah lama saya buat dah. cuma tak pernah berjaya , langsung...
pipe smoking ni adalah satu budaya pemikiran waras , open minded thinking , penuh knowledge utk ditambah dalam otak dan yang paling penting sangat tenang suasananya.
terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ini.. assalamualaikum , salamat malam tuan tuan.. sweet smokes !
No comments:
Post a Comment