M371
******
Pipa buatan tukang kampung...
Begitulah terma digunakan pipe maker dari Sungai Tiram, Johor, Masnizam Moktar apabila merujuk kepada pipa yang dihasilkannya.
Dan pada 3 Februari lalu, sebatang pipa buatan tukang kampung ini dengan nombor siri M371 sah menjadi milik saya sekali gus menjawab segala persoalan saya selama ini mengenai kualiti pipa hasil tangan Masnizam.
Dari aspek fizikal, stummel M371 diperbuat daripada teras celagi high grade yang amat keras. Kayunya boleh tenggelam jika diletakkan di dalam air.
Stummelnya tidak di stain dengan dye atau pewarna sebaliknya hanya dipolish untuk mendapat kilatan tanpa penggunaan bahan seperti shellac.
Shape stummel pula boleh dikategorikan perfect dan balance walaupun hanya dibentuk secara freehand.
Stem M371 diperbuat daripada hand cut arcylic dan diserikan dengan inlay kayu briar algeria manakala shank pula dipasang ring dari aloi yg dipolish.
Bahagian button stem juga baik dan membolehkan pipe 'disangkutkan' di mulut tanpa sebarang masalah. Cuma saya berpendapat adalah lebih baik bahagian bit (kawasan hujung stem yg bertemu dengan button) dinipiskan lagi untuk keselesaan di mulut.
Dari aspek dalaman pipe, saya akui sedikit kecewa kerana chambernya yang berbentuk U tidak begitu dalam yang menyebabkan tidak banyak tembakau dapat diisi. Bagaimanapun, saiz chamber sedemikian membuatkan M371 sesuai dijadikan pipa untuk quick puff.
Sistem airflownya tidak seperti kelaziman yang menjadi kegemaran saya iaitu draught hole 'bertemu' dengan dasar chamber. Sebaliknya M371 menggunakan sistem air flow yang serong dan bertemu dengan draught hole dibahagian bawah yang memiliki sistem tangki ala Peterson.
Sejak M371 berada di tangan, saya 'menderanya' habis-habisan untuk menguji kelebihan sistem airflow berkenaan. Dalam masa empat hari, lebih daripada 20 bowl tembakau di hisap dengan pelbagai cara sama ada back to back ataupun dengan agresif ala mat rempit yang sawan di malam minggu.
Hasilnya amat mengujakan iaitu langsung tiada bunyi air tembakau yang 'menggelegak' walaupun tembakaunya di pack secara ala kadar.
Sedangkan sistem airflow standard pun amat cenderung untuk berdepan masalah ini jika teknik packing tidak diberi perhatian dan pipa briar tidak diberikan masa rehat yang mencukupi.
Cuma sistem tangki M371 perlu dicuci selepas 4-5 bowl menggunakan putik kapas biasa kerana resapan air tembakau agak lambat.
Jika tidak dicuci, tiupan angin dari stem akan menyebabkan kesan air akan terkeluar di lubang di dasar bowl.
Bagaimanapun, ia bukan masalah yang besar kerana mana-mana pipa pun perlu dicuci dengan kerap untuk kepuasan maksimum.
Dari aspek kepanasan bowl pula, tahapnya skdar suam suam di bahagian atas dan boleh dikatakan agak sejuk di bahagian bawah.
Pastinya M371 ini menjadi salah satu pipa yang akan kerap dibawa bersama saya.
Nota: Hanya pandangan peribadi saya dan tidak semestinya dipersetujui oleh anda lelaki lelaki budiman.
No comments:
Post a Comment