Thursday, October 31, 2019

PENGENALAN TENTANG Cigar

SALAM PERKENALAN PENCINTA CIGAR
************************************************
Selamat berkenalan kepada semua pencinta cigar Malaysia, sama ada yang lama mahupun yang baharu. 
 
  Rasanya inilah kali pertama artikel yang saya keluarkan di MP.  
Pada hemat saya , elok rasanya saya menukilkan artikel secara santai dahulu.

  Dewasa ini ramai perokok-perokok Malaysia mula menukar pengambilan tembakau mereka kepada produk yang lebih berkualiti seperti cigar. 
Dan menjadi tanggung jawab kami untuk menyediakan info-info berkenaan cigar yang berada di pasaran Malaysia.

  Bukanlah tujuan kami untuk bersaing dalam bidang perniagaan cigar di Malaysia. Harapan kami kita sama-sama membantu kedua-dua pihak sama ada pengguna atau peniaga untuk berurusan dan berkongsi sedikit sebanyak maklumat dan pendidikan produk tembakau bermutu tinggi.

  Cigar untuk orang Kaya? 
kini tidak lagi.
 dengan info-info di sini, pemula cigar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan anda di samping tidak mengenepikan kualiti cigar itu sendiri. 
Sudah ramai anak-anak muda yang terdiri dari orang kebanyakan mula berjinak-jinak dengan pengambilan cigar.

  Tiada ukuran status bagi kami di sini, semua info kami kongsikan secara ikhlas untuk anda semua.
segala kekurangan dari kami silalah kita kongsikan bersama demi membantu memberikan maklumat tentang produk tembakau bermutu tinggi ini.

  Kita berjumpa lagi pada artikel akan datang...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...