~KELENGKAPAN LAIN~
Ok,Kita masuk bab alat bantu mengajar pula. Opss, silap, alat bantu memaip.
1-Pipe Tool (Tamper)
Pipe tool ni sejenis alat wajib ada bagi mana-mana pipers. Fungsi dia banyak, nak tekan (tamp) tembakau, nak buang habuk dan jolok lubang udara yang tersumbat.
Harganya semurah belasan ringgit sampailah ratusan ringgit. Pakai yang murah-murah sudahlah, yang mahal tu lebih kepada style dan branding. Fungsi dia sama je.
Pipe Tool yang mahal tu sebab dibuat pipe maker terkenal atau pun material yang digunakan. Tamper Winslow di Kamelah ada jual, dalam 400-500 duit.
Paling biasa orang guna dipanggil Czech Tool yang ada tiga jenis alat dirangkum sekali dan harganya dalm lingkungan belasan ringgit.
Dipanggil Czech Tool sebab dibuat di Republic Czech. Ada juga yang made in China sekarang tapi bahagian engsel yang 'mengikat' tiga alat jadi satu tu mudah longgar.
Tool ni sekali beli saja, memang tahan lama, kecuali hilang atau tercicir (perkara macam ni biasa jadi). Macam admin, ada yang dah diguna sampai tujuh tahun. Berbaloi sangat dengan harga dia.
Admin pernah sembang dengan bekas Duta Malaysia di Kazahkstan, Datuk Saw Ching Hong berkenaan pipe tool. Dia ni piper tegar, boleh dikatakan, tangan dan mulut tak lekang dengan pipe.
Bab pipe tool ni, dia borong banyak-banyak Czech Tool dan selit di segenap penjuru rumah. Tempat tengok TV, porch, bilik bacaan, dapur, tingkat atas , bilik tidur, dalam kereta dan di pejabat semua ada Czech Tool.
Dia kata mudah sebab tak perlu bawa setiap masa. Pergi penjuru mana pun ada pipe tool.
Kalau tak dapat nak cari Czech Tool, guna je ranting-ranting kayu dengan saiz diameter yang boleh muat dalam bowl pipe. Hujung ranting tadi potong rata untuk buat tamper dan hujung lagi satu leperkan dan tajamkan sedikit untuk keluarkan sisa habuk dalam bowl.
Pensel pun ada orang guna jadi pipe tool bila terdesak. Kalau ikut ajaran Joe Kamari, pensel pendek yang banyak di IKEA tu, best buat tamper.
Kalau si Romie Segenggam Bara pula, dia beli satu bag kecik golf tee yang diperbuat daripada bahan organic. Rasanya buluh. Kalau pegi pipesmeet, Romie bagi satu.
2-Lighter
Untuk lighter, sekadar guna Cricket pun dah OK. Sebab kalau tercicir atau member rembat secara tak sengaja, tak lah terasa sangat.
Selain tu, boleh guna mancis, cuma leceh kalau duduk tempat berangin. Penggunaan mancis kayu juga mampu mengekalkan ketulenan rasa tembakau. Kecuali lah, kalau lepas gores anak mancis, terus cucuh tembakau.
Kalu buat macam tu, memang berbau belerang lah tembakau. Tak Sedap!! Pastikan lepas gores tu, asap belerang hilang dulu, barulah cucuh tembakau.
Kalau nak gaya, boleh juga guna Zippo, kalau dulu Zippo untuk pipe ni ada sejenis jer (dengan logo pipe kecik di body lighter, logo tu tak tahan sangat sebab cat dia akan terkopek). Sekarang, dah ada Zippo untuk pipe dengan design yang lebih segar.
Ada orang kata jangan guna Zippo sebab tembakau akan serap bau minyak dia. Tapi, berdasarkan pengalaman Admin, guna je lah. Tak ketara pun bau minyak Zippo sampai rosakkan rasa tembakau.
Dan kalau nak bergaya lagi, belilah Corona Old Boy. Mekanisme Corona Old Boy ni, Admin cukup minat. Nampak klasik. Harga dia boleh lah buat bayar installment kereta sebulan.
Tapi kita kena ingat, mahal ke, murah ke. Tujuan dia tetap sama. Ada duit lebih bolehlah tapau Corona Old Boy satu :-)
Oh, ada juga pipers yang admin tengok suka guna torch lighter(lighter api biru yang 'tajam'). Lighter jenis ni orang guna untuk cucuh cigar.
Untuk pipe, Admin tak berapa nak sarankan sebab boleh membahayakan rim pipe. Sebabnya, lighter api biru ni terlalu panas dan 'tajam'. Kalau kena rim dalam beberapa saat sahaja, memang berbekas lah terbakar.
Kalau nak guna juga, terserah kepada budi bicara masing-masing. Cuma perlu berhati-hati jangan sampai rim berbekas hangus.
Tapi lighter jenis ni disarankan untuk cucuh pipe yang dipacking dengan kaedah Frank Method. Bab cara packing tembakau dalam bowl ni kita cerita lepas ni ye.
3- Pipe cleaner
Pipe cleaner ni digunakan untuk cuci pipe lepas selesai sesi berasap atau untuk serap air yang bertakung dalam pipe. Kalau tengah hisap pipe, ada bunyi gurgling dalam pipe, jolok je pipe cleaner melalui stem untuk serap air wap.
Harga satu paket pipe cleaner biasanya dalam lingkungan RM20 dan dalam paket tu ada banyak. Jangan kedekut nak keluarkan bajet untuk beli benda ni.
Kalau nak murah lagi, survey-survey lah pipe cleaner di kedai D.I.Y. Warna dia bewarna-warni. Sambil layan pipe, boleh guna pipe cleaner tu untuk projek kraf macam patung ulat gonggok dalam gambar kat bawah. :-)