Tuesday, July 21, 2020

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberry halus.. Aroma y merangsangkan tetapi tertipu krn blend type Va-Bur, daunan y sedikit kering mudah load n firing 👍 semasa berlangsung opera ia seperti misteri lakonannya. No taste maksud x berasa apa dilidah kecuali apabila menelan air liur terasa nutty terpencil malah seperti smoke cigarettes owh agak ada kepuasan bg pemula memaip y dr ciggarttes smoker 😍 halus permaianan virginia sesekali ada kemanisan.. Tp itulah misteri ketika ruangan hidung menghembus asap seolah buah tin kering berserta bauan mengoyak kulit pokok.. Grassy² bercampur baur. Agak pelik terangan dr PkNana x masuk akal pun ada.. Bayangan y blur bukan? Tu sebab kena cuba sendiri 😅 takala dr mula hingga akhir bauan itu sedikit pun x tercicir hit demi hit dia bagi ada juga terasa mcm puff firedance (samuel gawith) tp entalah haruman tin (fruity) itu menambah selera puff sedikit laju dan disini ada terasa wasap kepanasan seolah² virginia (ia datang) tp tidak keterlaluan.. Apabila habis puff dlm 10mnt akan terasa tangerines & sweet plum lg sekali mcm boh royal yacht plak.. Hah mmg bertambah pelik jadinya.. Purata keenakkan baccy ni stabil boleh puff sepanjang hari.. Nic'O mild - medium. Ngam juga utk belasah namun misteri tetap misteri.. Pelik bau beraroma tp rasa y flat (semasa) kemanisan tangerine (bila dah habis) sungguh misteri...
Apa pun lidah kita berbeza surrrkerkerkkk...

Sunday, July 19, 2020

PITERSON IRISH FLAKE

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Maafkan sy, huluii dookie.. Erm.. Pete's IF nim shan.. Dok ada y cukup matang load masuk.. Based burley Pete's nim tetapi apabila cukup matang seakan hilang nutty dia dimana woodsy² dia mmg terbit kaw² dr first fired up, terasa mcm dok lepak depan ungun api pd cuaca lepas hujan sambil mencangkong.. Fruity n tangerines dia cukup bold diruangan hidung.. Setiap kali retroheal bernafas surrr worennng ahh... Meh cita bab kentucky dia..spicyness dihujung lidah depan y agak layang² atas asbab x terlalu ketara kerana kematangannya sudah menurunkan kadar 😉 x mengapalah so best juga xdak la hit by hit pedaq hah.. Bout sweetness dia PADU bruh it's so bloody melecaih.. Tp jgn la dok perasan mcm.maneh gula.. Maneh² buah jah.. Kira minum ayaq mati rs kesegaran manis²... Nicmate cun 👍 Senoneng rahhh.. Burley² blend ni y PkNana suka kerana ianya bersifat smooth n senoneng. Boleh curi inhale hahaha.. Outlaw sesekali pa salahnya kadang traffic lights pun kita rodong 110km pun kita bantai 300km haha y ni kita curik² mana ada saman 😝 Isi skit perut boleh pi overwhelmed, tuned cantik❤ tp agak frust semalam silap pakai pep da.. Bekas XX plak mau chamix rs cigar jenuh pedo nk dpt taste,mmg agak hampa x dpt layan betui.. So, hint tu ja y dpt PkNana kongsi namun mcm biasa lidah kita berbeza... Jika ada persamaan itu bonus jika xrak itu muhong 😄
✌ surrrkerkerkkk...



Saturday, July 11, 2020

Perbezaan Ebonite/vulcanite & Acrylic.


Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Maafkn sy,okie... Ceritera muhong skit² pagi ni bayak² kelabu asap pula biarkan pep ja berkelabu debu 😝 Ebonite/vulcanite & Acrylic.. 
Apa y beza? 

#Ebonite/vulcanite

- ianya dr rubber pemadam 😄 dak aih ianya suatu getah y keras (berkualiti)getah y telah melalui proses pemanasan/sulfur sm macam pembikinan bola bowling.. Eh bola bowling berkilat² x luntoq pun.. Ya la dia boh teloq putih bg shinning huuuuuuu...

- stem y diperbuat dr item ini sedap diguna sbb bila digigit seumpama ada spring mantol², lembut je selesa je.. Mcm nk kunyah² sedapnya.. Sebut pasal kunyah tu pasal la ushar stem byk y berlekuk² kesan taring gigi dracula 😅

- item ini kira artisan juga sbb corak lekok anda boleh bikin sendiri miahahaha..

- lg satu item ini boleh berubah kaler dr itam jg kunin munin disebabkan heat campoq peluh campuq yaq liuq slurrpppp ahhh... Cuaca juga men peranan tu sebab lg berhaba lg cepat berubah.. Dgn cuaca kita mmg senantiasa la kena polish bg kilat balik..

- pro&con ahh ahh y best sbb sedap kolom² y x best sbb nk kena polish (rajin ngam)

#Acrylics
- ianya dr palastik keraih menyerupai gentian kaca.. Itu pasei dia berkilat².. Anti pecah dan tahan panaih.. Klau pecah itu gigi king kong aaa makan batu 😅

- item ni para lokal maker kita selalu guna sbb senang cari mudah ada bukan Ebonite/vulcanite ssh cr tp rega dia hempa pi aaa ushar seketoi berpa det..

- item ini x bertukar warna kira berkilat memanjang x membojoq 😚 tahan lama.. Klau nk tukaq kala pun kat bibir dia tu pon kesan tek gigi😂 kikiki

- acrylics juga dipelbagai warna selain hitam shj.. Tu macam kek lapis serawak pun ada.. Tu surrr dok gigit, dan sbb dia keraih so x perlu la risau berlekok atau kesan² y mencongkel biji mata.. Y penting mudah jaga habis puff lap shj xyah boh bahan kilat apa dah...
Dookie.. Nnt sambung len ngantok ahhh..

Pokoknya akaq seronton
Rs pait itu ubat
Muhong nim boleh tonton
Kurang pasti sila buat

Cakap benar org x suka
Cakap muhong org suka
Hanya pandai berseloka
Ini kisah benar belaka 😁
 

Sunday, June 21, 2020

Miaoo

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, goodies GoldBlend Pete's.. Erm.. Tonight a little bit warmed.. So agak silap juga guna baccy ni miaooww.. 🐱 tp x mengapalah sudah load layan teruih.. First detection honey.. Yah honey y lembut seperti dihambur sedikit wine 🍷 Pknana pernah la bau zaman jahiliah dulu nk kata minum xla sbb mahei ambik bau shj (ostat marah sungguh 😡) okie sambung sentuh je api berdesup kayu manis terasa bagai di goreng dlm kuali.. Diselangi haruman bergaul madu 🍯 layan juga.. Slow n steady smp ke halfbowl honey mula berkurangan bahkan kayu manis terus full blast bersama kekacangan.. Seterusnya nutty sungguh jahat dia panggangnya bowl ambil alih terus rs kayu manis.. Roasted till dust.. Namun kayu manis x hilang terus dia hanya sebagai latar belakang sesekali dtg manakala 🍯honey pula main aci lut nyorok.. Smplah habis nutty dia kacau rs lidah bukan bite na(maybe strong burley) mild Nic'O hanya sekadar pedih² shj.. Wangian y dikeluarkan seolah kayu tangga tgh panas terik bahang matahari dibasahkan.. Keharuman kayu itu seperti disaluti kemanisan madu lebih kurang mcm tu la.. Kurang lebih 4 jam melayannya.. Pembakaran y baik tembakau ni walaupon sudah berusia hampir 5 tahun atau lebih didalam tinnya.. Masih lembap.. Daun tembakau agak kasar² besar² maka PkNana hakuskan sedikit supaya sedap pack. Ghosting pd pipe bg sy kurang menyengat so boleh la x kacau pipe haha.. Klau x jenuh juga sesi membaik pulih 😅 ⭐⭐⭐ la bg.. For more support stim boh kopi kaw puff keadaan dingin or angin hutan y sepoi² takala subuh. Sweetsmokes bradah surrrkerkerk..


Monday, June 1, 2020

Pipe Of Year

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, sedikit ulasan ttg RC system dr air tgn Abi Hariths, disisni PkNana ada bikin sedikit gambaran rumusan ttg pipe RC (pipe of year) nim.. First of all jarang sekali PkNana dpt white ash dgn baccy aromatik klau ada pon masih berbaki ketulan arangnya.. Tetapi berbeza dgn pipe RC nim. PkNana biasa juga gunakan baccy y sama ( Rattray Bagpiperdream ) dimana takungan didalam Peterson System dipenuhi air candu manakala white ash dpt tetapi pd dasarnya agak lembap dn tidak habis mungkin kerana air flownya sedikit keatas. Itu x jd persoalan y ketara sbb sedia maklom klaunflow begitu.. Y menjadi persoalan dimana hilangnya air candu didalam shank RC ini? PkNana juga pernah guna RC (lain brand) ya mmg x sedut air candunya kerana lubang flow stem mmg keatas dr shank, namun ttp ada air candu walaupon sedikit tetap ada.. Dgn Abi 564 ini ianya dry flow A+ dn tiada air candu mahupun sedikit.. Boleh lihat diantara gambaran y PkNana sediakan.. Taste n flavor hit by grand punch 👊 ada y baccy reduce bitty ada y lebihan shooting, lovely play.. So bg PkNana this is awesome pipe 💪 memuji dgn merasa dn mengkaji bg PkNana itu y terbaik ❤ tidaklah PkNana bercerita sebelum mencuba.. Ya ciptarasa kita berbeza namun berkongsi maklumat sekurangnya jika anda merasa ada kesamaan itu sudah cukup dibuktikan bahwa benar bukan? Maka siapa y ada RC pipe dr Abi Pipes boleh la berkongsi info bersama².. Insyallah dilain waktu PkNana cuba videokan step dr mula hingga habis puff.. Insyallah... Surrrrkerkerk..

Saturday, May 16, 2020

D.A.M AI


Assalamualaikum & Selamat Tengahari,
Maafkan sy, sedikit sedutan dr awalan hingga terbentuknya ✌ 
💚💛❤  "D.A.M. Ai" keunikkan yang langka.. Kesinambungan engraved Temasek+Tenang Leaf mmg harmonies ✌ intipati yang merangsang pasti membuahkan ketolan² bunga y dihajati.. POY 2020 

Friday, May 15, 2020

McClelland Tobacco

PABILA SANG PAUS BERHENTI BERENANG
==================================







Pengumuman pemberhentian operasi secara rasmi oleh pihak McClelland Tobacco Company sangat mengejutkan peminat tembakau seluruh dunia. Masakan tidak, hilanglah satu lagi blender tembakau di dunia ini.

Variasi blend tembakaunya yang pelbagai agak memenangi hati peminatnya. Apa yang saya lihat bagi pengguna tembakau jenisan ini, varian frog morton antara pilihan utama pemaip Malaysia. Varian ini juga sering menjadi titik mula penggemar aromatik kepada dunia non aro terutama english blend. Ini kerana dalam siri Frog Morton mereka tidak terlalu memaksa pengguna untuk berhijrah ala cold turkey. Pelan-pelan kayuh bak kata pepatah mat rock era 90an.

Lumrah dunia pemaip. Bila sesuatu blender mengumumkan pengunduran maka demand menjadi semakin tinggi. Maka tidak hairanlah pembelian panik akan berlaku. Natijahnya harga menjadi berganda di atas par padahal stok masih beribu-ribu kontena di port sana. Mujur juga syarikat-syarikat pengimport tembakau Malaysia tidak mengikut jejak langkah player luar negara. Tapi sekiranya ini berlaku, pastinya pemaip tempatan tahu apa nak buatkan?

Bagi saya dengan iklim sebegini walaupun merupakan satu kehilangan besar, namun kita masih banyak pilihan yang agak atau lebih baik. Tapi kerinduan itu pasti akan datang satu hari nanti.
*ZRR*
Kredit gambar : Pinterest, google image


Wednesday, May 13, 2020

AKSESORI YANG WAJIB BAGI PEMIMPA



Hari ni nak kongsi kitaran. Bahan asas dan aksesori yang perlu bagi penghisap paip. Bagi yang belum ada boleh la cuba2 riki pada siapa yang menjual tu. 

1. Paip dari kayu briar
2. Paip jagung 
3. Tembakau kegemaran kita
4. Temper/penekan tembakau
5. Pembersih saluran paip (cleaner)
6. Bahan bakar mancis/zippo
7. Pipe reamer (tambahan)

Masing2 ada fungsi tersendiri dan bila dah ada pandai2 la tanya kawan2 otai dalam ni atau belek la video kat youtube cara nak guna. 


Monday, May 11, 2020

Mengapa baccy kena kurentin

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, hempa igt org jah y kena kurentin ka baccy pon kena la.. 😂 punca permasalahan y terjadi adalah kerana pouch baccy koyak mungkin dr simpanan atau penjagaan kurang keperihatinan sehinggakan ada makhluk (kumbang tembakau) beronok².. Kumbang x makan kerana sifat tembakau panas maka larvanya y makan.. Buang? Jgnlah, beli dgn duit dah la 200g, y bahayanya ia boleh berjangkit kepada baccy lain so jagalah..... Hisap ada masalah? Ok ja balon klau takut buang ajalah tiada kata paksaan.. Disini PkNana shared apa perlu buat jika berlaku sebegini..
1. Selerakkan baccy atas kertas besar
2. Cari kumbang/larva buangkan
3. Masukkan dlm balang
4. Simpan dlm freezer supaya telurnya terbantut
5. Selama 48jam keluarkan kembali
6. Selerakkan atas kertas besar dn ushar apa y patut
7. Hydrostone di apply supaya ianya kembali moisture
8. Sudah ngam ambil test sebowl
9. Insyallah tiada apa y berlaku boleh terus dn terus puff
10. Bukan tembakau pipe shj y berlaku tembakau timbang pun berlaku juga
11. Pokoknya jika menyimpan apa jenis baccy pun perlulah berwasapada jg isi kandungan sebaiknya
Apa y PkNana ceritakan jgnlah merasa PkNana ni kedekut smp berjimat begitu sekali tetapi kiralah kemampuan kita utk membeli dn terus membeli.. Elakkan pembaziran benda boleh di rawat apasalahnya dikongsi.. Jika ada alahan itu atas antibody memasing nnt salahkan PkNana pula.. Sebaiknya TEPOK DADA TANYA SELERA PkNana hanya sekadar berkongsi ✌ tips ini pun PkNana terima dr sahabat² piper's juga.. Jika ada cara lain boleh la berkongsi² pendapat 👍 PkNana boleh juga mencuba²
Long Life Piper's... Surrrkerkerkkkk

Saturday, May 9, 2020

Peralatan mudah untuk cuci pioe

Assalamualaikum



Maafkan sy, berkilat kaww 😁 dok berabuk aja sesekali kita sebis kasi naik seri.. 
Bahan serapah mudah ja... 
PkNana pakei tisu/cuttonbud/stick cleaner/ayaq mati.. 
Mudahkan..? 
Haha.. 
Seeloknya selepas sesi memaip dn cukup rehatnya pipe dr panas haba mulakan la cuci..
1. Supaya pipe bersih
2. Supaya setiap smoke fresh
3. Supaya pipe tahan lama
4. Supaya belajar syg pipe
5. Supaya tiada pembaziran
Haha.. 
Cukup 7days smoke cobs haaa... 
Satu hari sebatang mmg cukup rehatnya.. 
Kenapa pilih jagung dr briar? Soalnya PkNana kebutuhan uwang om.. 
Beli cobs murah n pandai jg boleh pakai lama.. 
Mcmana pandai tu.. 
Haaaa setiap kali guna kena la cuci klau balok dua ploh pipe pun x selera nk puff 😂 secara x langsung memaip ni ajar kita jd pembersih.. 
X caya cubalah mula mendobi kikiki... 
Maafkan PkNana bukan nk menunjuk² tetapi memberi contoh supaya sayang pipe kita walaupon murah walaupon belasahan ianya tetap kena jg sbb kita beli dgn uwang.. 
Sy percaya ada y himpun uwang utk dptkan sebatang pipe maka hargailah pipe anda ✌
Sweetsmokes bradah suuuurrkerkerk...

Wednesday, April 29, 2020

Ascorti CASTELLO

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Maafkan sy, PkNana nk berkongsi sedikit ttg kesurrrrrrr'annya pipe Ascorti ni.. Made in Italy, CASTELLO nama y bertaraf bangsawan (Makan Modai) ini x asing lg kpd pemipa pengumpul (klau salah maaflah) kira anak beranaknya termasuk la Ascorti ni dan Caminetto.. Apa y spesel sgt pipe ni? Bg PkNana y bestnya flow dia sempoi.. PkNana dh cuba masukkan Vabur/Straight Va berdesup berat.. Kira smp apa y dihajati la.. Try Aged Burley Flake (Solani) kentucky dia mai bertalu berselang seli dgn kekacang panggang sehingga separuh masa memaip sukar nk dihabiskan (full) manakala begitu juga dgn English Summer (Samuel Gawith) sebagaimama dlm review tobacco mengatakan ianya medium tetapi PkNana rs med to high Nic'O dia hampir surrender meletak pipe ke tepi (Puas)... Grassy Earthy dipersembahkan dgn baik PADU cuma kemanisan dn lemak kondisinya agak tipis dan hint flavors pun berkurangan ia menekan lebih pada Kick tembakau... Kejadian itu berlaku kemungkinan drilling hole flow dia y bertakat²... Zero gurgling 👍lagi satu asbab kenapa Kick lebih adalah ruangan chamber berbentuk 'V' kepada peminat Vapers mmg suka akan shape 'V' ni.. Nk bercerita luas ttg 'V' shape ini PkNana tidaklah pandai mana singkatnya kisah besar diatas menurun kebawah agak runcing didasar serta boleh kata cubalah br tahu x semestinya branding ini shj y sedap sbb byk lagi brand pipe lain punyai 'V' shape ✌disini PkNana ada share lubang flow dan bentuk 'V' shape dlm bowl.. Family Castello ini y pernah PkNana cuba dua jenis ini shj Castello dn Ascorti keduanya x lari jauh hit dia hanya harga shj berbeza.. Ya, x semua berkesempatan punyai branding ini tetapi y ada jglah sebaiknya (Pssst... PkNana sendiri pun belum ada)😚 hehe... Diberi test drive supaya boleh berkongsi pendapat ✌ so boleh le berjimat cermat utk punyai satu pipe seumpama ini agar puas memipa PkNana x kata la pipe lain x bagus byk lagi pipe y bagus² ❤  Y ada jglah sebaiknya kerana ianya amat berharga dr segi kepuasan.. Lg satu ini hanya perkongsian dr PkNana bukanlah meletakkan harapan pd semua utk membelinya.. Kang ckp ini PkNana la habaq sempoi suh beli hahaha.. Lidah kita berbeza keinginan kita lain²... Ok my braderman selamat bersahur.. Dan indahkan hari anda dgn sweetsmokes 😘 surrrrkerkerk





RC

Assalamualaikum & Selamat Pagi
Maafkan sy, haishh bebosan ni PkNana nk amik mandatori speech lah.. Haha confirm kena gasak tp xparahhh mau kental.. Masuk telinga pi otak hadam jgn simpan hati nnt kemam pipe x lepaih hancioq stem 😂 Pembuka pagaq.. Dalam pemilihan pipe kita kena sekata dgn apa y kita nk guna.. Bermaksud supaya kita dpt hint serta rs y kita mahu.. Contoh seperti RC kita beli apabila kita puff guna virginia, kita dapat grassy dia tp berapa lama kita boleh syioq layan grassy? 
Pd tempoh y lama kita rs agak mual sebab hint grassy kita dpt lebih begitu juga burley kita dpt hint earthy y PADU tp berapa lama kita dpt layan boleh rs hanyai kacang hangit pula.. Jika kita boh latakia balsam masam kita dpt shot dgn baik tp jika kita boh terlalu kerap dn lama mau pijor mulut sbb misteri rasa latakia penuh ruangan mulut high nic mula tendang dn sudah pasti khanyai jdnya.. Manakala aro the perfect choice sbb kita nk hambat flavorings disitu kita boleh dapat permainan y cantik.. Contoh baccy Mike Ready Rubbed.. Hint dia red grape.. Permainan red grape tu dpt full blast tanpa sedetik hilang walaupon kita pakai pipe straight atau bent dlm mulut masih lekat rs red grape (halus) namun dgn rc kita dpt lebih terangsang kerana cukup dlm proses olahan terduduk dlm tank shank.. Mcm kita isap vape la.. Bila tank lagi besar firing sekata apa y kita dpt? Dah tentu keseronokkan perisa dia mai.. So pemilihan pipe dn baccy kena sama rata.. Apa y kita nk semasa memaip? Apa y nak kita rs pd baccy y kita beli? Apa y kita nk pipe tu sampaikan? Itu semua kena ty selera sendiri.. Kenapa kita perlu pipe lebih dari satu? Y utama sebab kita nk pipe berehat secukupnya supaya pipe tidak terjejas dn semoga pipe dpt berfungsi dgn baik.. Kedua sbb apa kita perlu asingkan jenis tembakau pd sesuatu pipe? Jgn dijadikan rojak nnt apa rs pun kita x tahu hanya dpt asap shj tiadalah erti tata memaip.. Y ketiganya kita dpt bezakan flow y mana sesuai sesuatu pipe dn tembakau, sbg contoh bila aromatic kita pakai kepada y straight flow asapnya direct x sempat utk mengolah adunan aromatic.. Dia shot teruih kebarangkalian utk kesedapan x diterima sebaiknya malahan bite gigit lidah y kita dpt.. Akhirnya kita tolak pipe kita tolak tembakau.. Jdnya setakat itu shj kita memaip.. Seni pipe ini pelbagai y penting olahan dr kita sendiri.. Tidak perlu ikut cara org cumanya kita ambil tip dn olah sendiri.. Memaip tiada aturan y kukuh tetapi ada PANDUAN sebaliknya menyenikan ikut kreativiti tersendiri.. Kenapa PkNana tekankan PANDUAN kerana dgn adanya panduan ia menyenangkan anda dr step mula tangga satu anda boleh skip ke tangga 5 begitulah maksud PkNana. Manakala dgn ada PANDUAN anda boleh menghindar dr melakukan kesalahan atau tersasar boleh dielakkan. Jgn jdkan ia beban tetapi make it fun.. Pengalaman y mengajar bagaimana hendak tapis dn terus kehadapan.. Bg PkNana, jalani dahulu dn br kita tahu apa itu pipe dan tembakau.. PkNana hanya bercerita apa y PkNana lalui.. Dan PkNana beritahu supaya y tidak bagus tidak diikuti langkahnya.. Pendek kata terpulang pd individu utk menerima atau tidak.. Atleast berjalan sendiri dn info y diberi boleh dibandingkan malah boleh diadaptasi sebaik²nya.. Begitulah seni memaip.. Seni sendiri adalah y terbaik tiada siapa y boleh melarang kerana PIPE ITU MILIK ANDA BACCY ITU MILIK ANDA DAN UWANG ITU MILIK ANDA..  Jadilah pemipa y bijak ✌ setakat ini shj perkongsian PkNana y x seberapa tetapi boleh diambil jika baik & boleh tolak jika sesat... PkNana chill ja dgn hati terbuka haha x luak org benci tp kasih org y menyayangi auummmm 😘 🐯 Assalamualaikum... Selamat berbuka semua ya.. (jam Argentina buka dah)😝

P/S : Ya sbb itu reviewers tidak sama sekali menekan utk mengikut jejaknya malah sebaiknya kita cuba dgn cara kita disamping panduan y ada utk selit mencorak 👍 tetapi sikap membanding dicelah batu itu kurang tepat ada baiknya dipersoal dihadapan moga dpt diperhalusi bersama bukan menunding itu salah ini betul.. Kerana memaip ini universal💪 Berkongsi pendapat itu juga TERBAIK br ngam dgn group moto MITOSAN BERSAUDARA ✌


Sunday, April 19, 2020

Jenis tembakau

PIPE SMOKING 1 2 3
~BENTUK TEMBAKAU~

Menambah keunikan tembakau pipe ialah bentuk tembakau yang  ditawarkan. Setiap bentuk ni ada cara yang berbeza untuk dinikmati dan kekuatan rasanya juga pelbagai. Biasanya, tembakau dalam bentuk yang dimampatkan lebih keras dan padu rasanya.

Flake Cut
--------------
Flake cut ni didatangkan dalam bentuk kepingan nipis. Tembakau jenis ini perlu dicarik-carikkan terlebih dahulu. Ada juga yang mengguntingnya halus dan ada yang melipatkannya dan dimasukkan ke dalam bowl terus.

Kaedah lipatan (fold) ni Admin suka guna dengan pipe yang ada lubang bowl besar. Bara dia tak panas sangat dan cara pembakarannya boleh dikatakan agak perlahan.

Ready Rubbed/ Broken Flake
------------------------------------------
Bayangkan tembakau flake yang telah diceraikan-ceraikan dalam
cebisan yang sederhana besar.

Ribbon Cut
----------------
Tembakau jenis ini dipotong dalam bentuk riben yang halus dan  sedikit panjang. Dalam bahasa mudah, boleh dipanggil tembakau lerai.

Lebih mudah dihisap sebab tak perlu nak diracik lagi. Terus masuk bowl.

Majoriti tembakau yang dijual dalam pouch adalah ribbon cut, kecuali Erinmore Flake (Chap Nenas 25 gram) yang baru-baru ini mula dijual dalam bentuk pouch. Sebelum ini dalam tin bulat kecil.

Pada pandangan Admin, memang tak sesuai langsung sebab mudah patah flake tu. Flake lebih sesuai dijual dalam bentuk tin.

Cake/Plug
---------------
Tembakau jenis ini didatangkan dalam bentuk ketulan mampat. Proses sebelum dapat dihisap agak leceh, sama ada carikkan halus-halus dengan tangan, potong dengan pisau atau cigar cutter.

Rope
--------
Yang ini agak rare, tembakaunya dalam bentuk pintalan seperti tali.

Bentuk rope ni dikatakan amat digemari orang yang belayar dengan kapal laut di zaman dahulu kala sebab mudah nak simpan. Website Samuel Gawith menyatakan tembakau dalam bentuk ini juga digemari oleh pelombong (mudah dibawa)

Macam Cake/Plug, tembakau ni perlu dipotong halus-halus dahulu  sebelum dihisap.

UPDATED:

1- (Segenggam Bara) :

Pernah baca yg Rope cut yg biasanya dibawa oleh pelombong2 ni, kebiasaannya ianya dikunyah.. Bukan diisap... Pasal sebarang pembakaran didalam lombong amat merbahaya.. So, utk menghilangkan ketagihan nic semasa bekerja, pelombong2 ni akan mengunyah rope cut baccy tu.. Kalau Isap pakai pipe, meletop kang lombong tu...

2- (Norhafizan Halib):

Betul2, setengah kapal dagang jugak x benarkan memaip masa zaman british hindia, jadi pelayar2 snuff atau kunyah baccy untuk menghilangkan ketagihan...owng melayu panggil sentel kot...

Bersambung...(Esok)

Friday, April 10, 2020

PETERSON systems

Assalamualaikum & Selamat pagi
Maafkan sy, nk shared skit pasai Peterson System's... Khusus Army Mount, dimana semasa diwaktu puff dn tentunya panas dishank serta stem.. Dgn Army Mount stem ni kita boleh cabut bila² ms shj semahu kita👍 tanpa risau stem crack😄 knp mau cabut pula stem? Haaaa... Utk refreshing puff buang ayaq candu y bertakung.. So lebih enak ngepuff kembali x perlu tggu sejuk jolok cuci shank buang ayaq candu.. Inilah salah satu keistimewaan Peterson System's... So kpd siapa y ada pipe Peterson punyai drain mcm gini perliharalah sebaik mungkin.. Sedap guna system ni sbb bila kita puff baccy aro aummm it's dry smoke brader.. Dpt ketoi aromanya auuummmm 🐯 lepaih puff pun langsung boleh cuci n simpan xyah nk tggu sejok.. 😝serba sedikit info muhong dr PkNana.. Chill surrrrkerkerk...





 


Thursday, April 2, 2020

CC

Assalammualaikum wbth dan salam PKP. Harap mamposan semua dalam situasi yang tenang dan berada di rumah masing-masing kecuali yang berada di barisan depan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa Covid-19. Sama-samalah kita berdoa supaya Covid-19 berjaya dihapuskan dan kehidupan kembali normal.

Untuk kesekian kalinya, aku nak ajak mamposan sembang-sembang pasal paip jagung /corncob, paip kategori pakai buang, kategori paip murah TAPI sebenarnya ianya paip yang sangat "reliable"...paip yang boleh diharap untuk mendapatkan rasa tembakau sebenar. Itu sebab aku ada beberapa batang paip cc dan paip ini menjadi paip belasahan tak kira dalam apa jua "pipesmeet". Aku tak segan membedal tembakau dengan menggunakan paip cc. Korang biasa tengok aku memaip guna paip cc kan?








Istimewanya paip cc ini ialah materialnya sesuai dijadikan paip dan kita boleh rasa enaknya tembakau yang dibakar terutama jika menggunakan paip cc yang baharu. Tongkol jagung menjadikan paip ini ringan dan mudah digunakan. Jika dahulu "stail & shape" hampir begitu sahaja namun sekarang ada kompeni yang mengadakan koloborasi dengan Missouri Meerschaum (MM) dan terhasillah paip cc yang pelbagai dan lebih menarik. Antara yang sudah berkoloborasi dengan MM ialah Cornel & Diehl, Dagner, Corcob Nation dan lain-lain.

Paip cc harganya berpatutan dan mampu milik. Harga standard bagi paip-paip cc sekitar bawah RM300. Yang di bawah harga RM100 pun banyak. Sekiranya anda kolektor paip, harga sebatang paip cc boleh mencecah ribuan ringgit. Dengan harganya yang murah begini, tidaklah berasa terkilan jika paip cc jatuh ke dalam lubang najis 😂😂😂



Tips? Untuk pemula boleh beli yang berharga bawah RM100. Untuk yang tiada masalah fulus, bolehlah mencuba paip koloborasi MM dengan C&D = Carolina atau Corncob Nation atau Chris Morgan. Kenapa? Pasalnya desain dan material stemnya lebih menarik daripada cc standard MM.

OK, cukup. Disertakan gambar-gambar paip cc sebagai "rachoon sempena PKP". Nak beli di mana? Aku tak jual...nanti adalah seller-seller paip cc muncul. Selamat menjamu mata. Jangan kata aku tak bagitau paip cc ni sedap ya.

Sekian.
Selamat berhibernate lagi 🤘🏼✊🤘🏼

2/4/2020 Khamis

Sedikit tambahan pd penulisan OMJ. Pipe cc juga amat berguna utk sesetengah blend yg mungkin kita xsuke atau ada rasa overpower. Contoh mcm Dunhill Elizabethan yg amatlah pahit bg sy kalo dlm pipe briar. Bila smoke dlm cc,rasa pahit tu berkurangan,n jd sedap plak Elizabethan ni.

Cc jgk kurang utk lekat ghosting.jd siap2 yg suke isap byk blends tu,sesuai la.

Cc yg unfinished jgk dikatakn lebih kurang oanas,sbb byk pora2 utk haba dilepaskn,dan tgn kita xbyk bersentuhan dgn stummel. Pipe rasa sejuk je.tp jgn la isap mcm kereta api,mmg panas jgk haha.

Wednesday, April 1, 2020

TARIKH PENGELUARAN SAMUEL GAWITH


Maafkan sy, okie sedikit persoalan ya... Ramai disini sudah kenali branding tembakau dr Samuel Gawith 😚 jadi PkNana rs tidaklah janggal bukan? Persoalannya bagaimana hendak tahu hari/bulan/tahun y pd y dibeli... Mari kita bincangkan... Ilmiah utk dikongsi bersama..




Maafkan sy, sambungan ptg tadi ya... Maaf ada keralatan sedikit pd hujung video sebutan pegiraan angka hahaa 😝.. *286 malaih nk record semula laaaaaa... Jalan terus wakakakak... Surrrkerkerkk...
Selamat berinfo² ya...



Saturday, March 28, 2020

Johnson

Assalammualaikum...good morning everybody. Hari ni hari ke-12 PKP/MCO...(29/3/2020 Ahad)

Polinski dah, OMS dah, Peterson dah...semua paip buatan luar negeri. Hari ni up paip buatan dalam negara pulaklah. Ada ramai pembuat paip di Malaysia ni dan salah seorangnya ialah JohnssonOoi . Rasanya dah lebih 10 tahun beliau menghasilkan paip. Kalau hendak tahu lebih lanjut berkenaan paip-paip beliau bolehlah klik pautan ini  http://johnssonpipes.com/

Nah, di bawah ni salah satu hasil tangan Johnsson. Ini hadiah kemenangan acara "fast puff" yang aku menangi 😁 Mau ke? Jual? Tak mau lah...paip champion ni. Setakat ini aku ada 2 batang paip Johnsson. Tunggu dapat duit terpijak baru nak cuba paip RC Johnsson. Bab paip RC ni tanya M Zofid MZin ...kalau tak silap dia ada paip RC hasil tangan Johnsson.

Pandangan aku pasal paip Johnsson? Pada aku paip-paip beliau ada "stroke"/gaya macam tok guru dia sedikit, ada kelembutan pada gayanya...kalau ada beberapa paip dilonggokkan depan aku, tanpa melihat/nampak logo/brandnya aku boleh tau itu hasil tangan Johnsson. Ada satu paip "katak" yang menarik perhatian aku. Dapat pegang masa di Segamat Pipers

Aku tak mau tulis panjang-panjang lah. Korang bukan rajin membaca rapuan aku ni. Ini pun dah cukup panjang. Kalau aku nak bercerita pasal paip Johnsson mau berjela-jela. Aku dulu buat paip pun salah satu sebabnya ialah Johnsson. Aku tengok hasil kerja dia dan teruja nak buat paip sendiri pasal "kalau Johnsson boleh buat takkan aku tak boleh buat, nampak senang aje". So, secara tak langsung beliau memberi motivasi kepada aku.

Kesimpulannya; paip Johnsson Ooi setara dengan paip buatan luar negeri. Hasil kerjanya kemas, orangnya baik/peramah dan beliau tidak lokek/kedekut berkongsi maklumat pasal pembuatan paip.

...
Okaylah...cukup untuk hari ini.

Siapa ada paip Johnsson mailah boh satni gambar/picture sekali. Komen² yg baik²...yang tak baik korang mesej aje terus kepada beliau. Kalau tanya aku, aku puashati dengan paip hasil tangan dia.

Ok...sekian...





Friday, March 27, 2020

BLACK XX

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, okie harini PkNana revisit Samuel Gawith Black XX, sesungguhnya baccy di mmg ketahanan tahap bapak dinasour... Walaupun sudah diperam setahun lebih kedegilan krystal utk muncul mmg harapanlah... Dia naik katbkulit luar pun ciputtt aja... Pada awalan firing agak kurang enak sbb kuat betul rs daging salai.. Ketibaan manis ada tp slow, apabila mengecapi suku bowl lemak cream susu sampai dn manis y sesedap kemudian ada hint spicy y mild, org kata great package 👍 akan bisa pula suku bowl boleh tersandaq dh letak pep tepi akibat tendangan Nic'O y PADU, klau boh dlm bowl y besaq mual la habiaq ang... Dah tentu werk klau perut x diisi.. PkNana ambil masa 1jam 15mnt utk habiskan walaupon dlm cobs outlaws series ni.. Akhirkata smp dasar PkNana ghekah cukup puas senoneng... ❤ debu² y menarik pd baccy ni tepat jwpannya cr baccy ini dibalut daunan rope.. (ala² cigar) bila dh habis kemanisan lemak masih terasa walaupon dh mnm air haha.. Pokok kata baccy ni sedap di bahan sebulan sekali klau tiap² hari anda cr trouble klau x caya boleh tanya kanda #LenkoiJuniorJunior kikiki... Disini juga PkNana ada menggunakan hempwick ada sapa tanya hari tu camna nk guna.. Dan method y PkNana guna adalah Ray methods pengasanya kanda #GatotSubroto 👍 selamat mencuba serba sedikit info ya..






PETERSON PIPERS

Assalammualaikum wbth..

Selamat sore teman-teman..

Selamat berpkp/berMCO..hari ke-10..


Kelmarin Polinski, lepas tu OMS...so hari ni beralih kepada PETERSON,satu jenama berusia lebih 150 tahun. Boleh dianggap satu nama besar dalam dunia pemaipan. Kalau tak punya paip Peterson ni macam belum khatam mempaip 😂😂😂 ...rileklah, jangan serius sangat. Ramai yang tak punya paip jenama Peterson ni dan ramai jugak yang ada, bukan 1, bukan 2...banyak. 


Ni upkan jenama Peterson pasal Kapt Zamri Nik  mintak upkan. Rasanya dia ada 7-8 batang paip Peterson. Paip Peterson pada gambar ni ialah Aran No.15. Usia paip ni rasanya lebih dari 10 tahun. Beli di Midvalley. Ini antara paip pertama kepunyaan aku. Dah lama tak guna. Jual? Tak mau lah. Ada nilai nostalgianya 😂😂😂


Ada kelebihan apa pada paip ni? Pada aku biasa sahaja. Saiz standard. Urat kayu pada bowl pun bercelaru. Kenapa beli? Alah, masa tu beli tak pandai menilai paip pun, asal beli je...sebab namanya. Pernah dapat katalog...mintak aje dari Peterson..mereka hantar dengan pos. Rajin Peterson layan pelanggannya. Aha...tin tembakau bukan kosong tau, ada isi. Tembakau aro tu. Ada yang kata akan hilang baunya...🤔🤔 Aku simpan ikut tahun pada tin tu. Tembakau tu dalam plastik, elok je aku tengok. Bila nak diisap? Tunggu aku pencen beberapa bulan lagi. Hajat nak buatt kenduri sikit. Nak ajak kawan-kawan semua, insyaAllah. Semua tembakau aku nak bukak & bagi korang isap sampai muntah 😂😂😂 Doa-doalah mudah-mudahan kita boleh berkumpul ramai-ramai. Boleh start kumpul duit travelling 😁😁😁 Mana tau aku buat gila nanti ...





Okaylah...naik jemu korang baca penulisan aku ni. Sesiapa ada paip Peterson up ler kat komen.

Thursday, March 26, 2020

OMS


Assalammualaikum semua...selamat sore rakan-rakan pemaip...udah minum petang? Selamat menjamu selera.

Semalam Polinski...petang ni cerita pasal paip OMS aka One Man Smoke yang dihasilkan oleh Abdussalam Sipes. Paip-paip OMS mendapat sambutan yang hangat di kalangan mamposan. Antara pemaip yang memiliki paip-paip ini ialah MohdAfx AmarNaiem M Zofid MZin ...gua pun ada. Ada 3 batang paip OMS. Gua beli satu, satu lagi hadiah daripada OMS sendiri dan satu lagi adalah seorang brader beri 😁

Apa yang menarik dengan paip-paip OMS?
Kalau tanya gua antara kelebihan paip-paip OMS ialah bentuk dan saiznya yang nampak solid, agak besar, finishingnya yang berbeza daripada paip-paip jenama lain...stemnya yang sedap digigit. Itu pendapat gua lah.

Aha, petang ni nak tengok siapa ada paip jenama OMS ni...kalau masih digunakan dengan baik. Letak gambar dalam komen. Ceritalah kenapa suka paip ini. Aaa...paip estet jenama OMS pun rentung harganya tau. Kalau dapat harga murah kira korang beruntunglah. Tak percaya tanya Amar Naiem. Nak ke paip OMS gua? 😂😂😂 cucu gua kata " sorry ..naik lori" 😂😂😂

Wednesday, March 25, 2020

Memudahkan

Assalamualaikum & Selamat Pagi,







Maafkan sy, mlm ni PkNana nk pertengahkan suatu brg.. Benda lama dah tp jarang dimuat naik pemipa.. Selain dr lighter/mancis utk menyalakan baccy ada juga bahan lain iaitu tali guni.. Dimana kita tahu menyalakan baccy menggunakan lighter boleh menyebabkan rim berjelaga mahupun terbakar terutama y jenis torch TETAPI bg y tgn cun charing firing baccy tiada masalah pd mereka.. Manakala pakai mancis lebih mesra dn kurang penjelagaan TETAPI apabila dikawasan y berangin sudah tentu menjadi masalah. Jenuh pedo klau ada rakan y bersaiz besar ataupun tembok itu kira bonus la😂 disini PkNana ingin mempertengahkan satu lagi bahan pembakar y agak mesra pembakaran iaitu tali guni, tali guni ini produk keluaran dr RAW.. harga sekitar Rm10, PkNana suka juga menggunakan tali guni ni kerana bila baccy disempadan pertengahan bowl mudah utk membakar, kerana boleh celup hingga kedalam mana pun itu asbab y terutama la.. Sebab bg PkNana y menjagai keterampilan pipe ini satu bahan y amat berguna sekali cumanya bila dipegang tali guni ini dia ada bau semacam (kurang enak) mungkin kerana lilinnya tp itu tidak menjadi halangan.. Ketika membakarnya bauan itu tidak terkesan pd baccy, asapnya la bila padam bau serr.... Tali guni ini panjangnya sekitar 3meter atau 10 kaki, boleh muat utk lilit 2x pd sebatang lighter. Kenapa perlu lilit pada lighter? Asalnya xperlu pun xpa cuma jika dililit pd lighter itu memudahkan just tarik nyala dn padam lilit kembali. So sekarang bg y baharu memaip anda ada pilihan penggunaan material bahan pembakar baccy.. Sedikit info PkNana pd pg ini.. Owh ya sebelum terlupa tali guni ini boleh didapati di #KamelahPenang atau #MatRomeo y PkNana tahu setakat ini.. Ok brader sweetsmokes ya.. Kita sambung nnt utk info y lain.. Insyallah doakan kesihatan PkNana moga boleh terus berinfo ehwahhh... PkNana juga mendoakan brader² semua dlm keadaan y baik dn dijauhi segala gejala dok mai.. Insyallah amin..

Polinski

...selamat pagi semua...
dah tidur ke baru bangun tidur?
Yang belum tidur tu mehlah sembang-sembang pasal paip atau yang sewaktu dengannya. Ni haa...tadi isap tembakau guna paip brand Polinski. Jadinya, nak buat survey sikit lah pasal paip Polinski kepunyaan kawan-kawan dalam MAMPOS.. rasanya ada ramai yang memiliki Polinski.




Tolong up sikit gambar paip Polinski ...lepas ni kita survey pulak paip jenama-jenama lain. Nanti bolehlah disembang-sembangkan apa yang menarik dan kurang menarik pasal paip jenama Polinski ni.



 ...aku mula dulu ek...aku ada 2 paip Polinski...paip ni besar...gedabak. Paip² Polinski biasanya sebahagian dilicinkan dan sebahagiannya kasar/rustik. Yang menarik pasal paip ini ialah airholenya bengkok di bahagian nak sampai ke dasar chamber padahal shank paip-paip ni agak bengkok. Satu tu shape Oom Paul ..paip ni sedap dipegang tapi tak selesa untuk lekat di bibir/mulut. Ianya agak berat sebab bowlnya besar. Diameter chamber rasa²nya dalam 19-20mm (malas nak ukur...entah mana caliper aku).
Memang besar paip ni. Harga? Kalau dah kat tangan aku jadi harga Yahudi lah pasal aku tak jual kecuali ada yang gila² ofer harga makan 5-6 bulan gaji 😂😂😂 Sebenarnya taklah mahal mana.


Ok...cukup...aku tahu ada ramai ada paip Polinski...ambik gambar boh kat komen...ceritalah sikit ek...


Babai ...


Oldman

Friday, January 17, 2020

Pipe segera

Assalamualaikum & Selamat petang,
Maafkan saya, 
🍬Pipe serba ringkas reviewnya, 
🍬Pipe ni adalah satu pipe smoke segera,
maksudnya cepat le ngepuffnya mengambil masa singkat tatkala waktu mencumbui.
Eh.. Eh... 😅 Bowl kecik singkat dah tentu tak sesuai untuk flavorings TAPI. 
Kepuasan Nic'O ia dapat melegakan ketika waktu kerinduan kecanduan. 
Baiknya pipe ini kerana mudah dibawa kemana² takperlu bagi case bagai hanya boh lam poket dh memadai. Cuma yang tak padai kalau sikap pelupa hahaha sengeh la kikiki. Pipe ini juga sesuai utk latihan ngepuff, latih agar jadi seorang piper yang ada rentak.. Dimana ianya sungguh halus ngepuff perlahan². Gelojoh kalu serdak la jenuh huihhh! Haha. Owh ya 
🍬Pipe dr Maestro kanda Mohd Khiri ini sekarang versi briar lagi paduip. 
Boleh risik² dengannya. 
Akhirkata dptkan sebatang pipe ini permainanan sungguh asyik. 
Bro cuba...
💚💛❤



Sunday, January 12, 2020

aum


Assalamualaikum & Selamat Petang,
Maafkan saya, tik tok tik tok.
Jam tua tidak lagi berdetik.. 
Tiada siapa y mahu menguncinya lagi kerana desingan locengnya mereka kata menyeram kan... 
Ding.. Ding... Ding... 
Takala itu sedang PkNana onthewy balik dari kantor ke teratak siung PkNana ditahan oleh seorang lelaki berkulit gelap bertareng misainya seolah sabit melengkong keatas pucuk nyioq, 
berkumis tebal ala² berus dawai memandang tajam kearah PkNana.. 
Matanya bersaga² (dalam hati ingat aku takut ka?) selamba ja PkNana "Ya apa mau?" lelaki itu memegang handlebar motu PkNana lalu dia berkata " Dey thamby saya anak Silvaraj ada kenai ka dey... 
Untuk punya pasal saya kene beli baru basikal sama saya punya bapak lagi takde puas hati saya bapak kasi Untuk curut import India 🇮🇳 marey lagi dia ckp rombu thanks yarrr..." 
hahaha nk th kisah selanjutnya nntkan next episode (klau larat hiahia)
💚💛❤

Tuesday, January 7, 2020

everyday

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, huiii everyday cob's aaaaa.
 Rini nmpk selera pulak General nim. Tp memandangkan sudah pagi buta PkNana layan bowl tecik dh aaa 😂 mau x tido kalu layan General nim heh😁 oppsss.! 
PkNana ada barang baru nk diketengahkan dimana sama level dgn Dunhill Royal Yatch malah rsnya agak jauh sedikit perginya. 
Ada masa PkNana kongsi skit pencerahannya sebowl dua effectivenya PADU💪 bata atas kepala. Apa pun sweetsmokes my bradah ❤ stay tune keep support our scenes ✌



💚💛😞

Thursday, January 2, 2020

salam

Assalamualaikum & Selamat Petang,
Maafkan sy,
Group Cigars & Pipes MY
Kumpulan Curut & Paip MY
Rasanya anda semua faham akan tajuk group ini..
Setiap posting berlandaskan akan semakna dgn tajuk group amat dialu²kan. 
Dlm grouping kita ni xnak la bersyarat y susah² sbb semua nk chill n santai².
So jgn la main santai bantai semua kategori ON shared.. 
Faham² jelah... 
Ok bradah x syioq nk bersyarah kita semua Gentleman ✌👍 so keep it PADU & Sweetsmokes bradah ❤
-Gambar Hiasan-
#TakeNote
#CNPMY
#PooPipe'S 🐝
#SangkaributSarangBuatPandai
💚💛❤

REINER

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, story skit bab temako Reiner made in EU, blend 51 ni dibawa masuk pada tahun 2017 di Kamelah Penang dan ianya salah satu temako favourite kanda Abdul Muttalib Md Sidik blend 25 (aromatic), PkNana pula dapat merasa temako blend 51 (latakia), okie english blend ni setelah dapat pada tahun 2019 agak kering kerana ianya sampler sesudah itu PkNana aging lembapkan kembali dgn hydrastone Alhamdulilah sukses kembali sedia kala moisturenya 👍 dan sebowl tiga PkNana dapati temako ni punyai hint kentucky yang agak nipis dimana ia terdpat dihujung² asap.. Manakala latakianya memain peranan yang amat jitu, setiap hit masuk dan keluar latakia itu tidak mengecewakan. 
Manakala virginia agak hilang, kekadang shj dpt lemak dan manis.. Hit Nic'O sederhana x melampau. Pembakaran y sempurna dn debunya boleh dikatakan setaraf blend dunhill 💪 Kesimpulan tomako ini boleh dibuat ruji tapi sayangnya. 
Tomako ni xdak stock hampeh. Kut dikalangan anda terjumpa temako ni boleh la beli mmg puas hati.. 
Keharumannya tidak tengit boleh ditimbang kira oleh bini kikiki. Okie. Selamat pagi semua...
💚💛❤


Wednesday, January 1, 2020

1st january 2020

Assalamualaikum & Selamat Petang,
Maafkan sy, 1st January 2020 buah mola puffing.
Terjumpa pulak Medallion's 5years aging.. Shootout perique bersendawa tahap kesurrrrrrr'annya.
Cukup pallet sandaq tepi.
Burpp.
Pa habaq warga RoPP hrni. 
Semua ada baik ka? 
Xlama lagi kita nak tung tung chey.
Buddy² Chinese semua sudah siap ka? Hope u all in goods... ✌

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...