Kelmarin Polinski, lepas tu OMS...so hari ni beralih kepada PETERSON,satu jenama berusia lebih 150 tahun. Boleh dianggap satu nama besar dalam dunia pemaipan. Kalau tak punya paip Peterson ni macam belum khatam mempaip πππ ...rileklah, jangan serius sangat. Ramai yang tak punya paip jenama Peterson ni dan ramai jugak yang ada, bukan 1, bukan 2...banyak.
Ni upkan jenama Peterson pasal Kapt Zamri Nik mintak upkan. Rasanya dia ada 7-8 batang paip Peterson. Paip Peterson pada gambar ni ialah Aran No.15. Usia paip ni rasanya lebih dari 10 tahun. Beli di Midvalley. Ini antara paip pertama kepunyaan aku. Dah lama tak guna. Jual? Tak mau lah. Ada nilai nostalgianya πππ
Ada kelebihan apa pada paip ni? Pada aku biasa sahaja. Saiz standard. Urat kayu pada bowl pun bercelaru. Kenapa beli? Alah, masa tu beli tak pandai menilai paip pun, asal beli je...sebab namanya. Pernah dapat katalog...mintak aje dari Peterson..mereka hantar dengan pos. Rajin Peterson layan pelanggannya. Aha...tin tembakau bukan kosong tau, ada isi. Tembakau aro tu. Ada yang kata akan hilang baunya...π€π€ Aku simpan ikut tahun pada tin tu. Tembakau tu dalam plastik, elok je aku tengok. Bila nak diisap? Tunggu aku pencen beberapa bulan lagi. Hajat nak buatt kenduri sikit. Nak ajak kawan-kawan semua, insyaAllah. Semua tembakau aku nak bukak & bagi korang isap sampai muntah πππ Doa-doalah mudah-mudahan kita boleh berkumpul ramai-ramai. Boleh start kumpul duit travelling πππ Mana tau aku buat gila nanti ...
Okaylah...naik jemu korang baca penulisan aku ni. Sesiapa ada paip Peterson up ler kat komen.
No comments:
Post a Comment