Assalammualaikum...good morning everybody. Hari ni hari ke-12 PKP/MCO...(29/3/2020 Ahad)
Polinski dah, OMS dah, Peterson dah...semua paip buatan luar negeri. Hari ni up paip buatan dalam negara pulaklah. Ada ramai pembuat paip di Malaysia ni dan salah seorangnya ialah JohnssonOoi . Rasanya dah lebih 10 tahun beliau menghasilkan paip. Kalau hendak tahu lebih lanjut berkenaan paip-paip beliau bolehlah klik pautan ini http://johnssonpipes.com/
Nah, di bawah ni salah satu hasil tangan Johnsson. Ini hadiah kemenangan acara "fast puff" yang aku menangi 😁 Mau ke? Jual? Tak mau lah...paip champion ni. Setakat ini aku ada 2 batang paip Johnsson. Tunggu dapat duit terpijak baru nak cuba paip RC Johnsson. Bab paip RC ni tanya M Zofid MZin ...kalau tak silap dia ada paip RC hasil tangan Johnsson.
Pandangan aku pasal paip Johnsson? Pada aku paip-paip beliau ada "stroke"/gaya macam tok guru dia sedikit, ada kelembutan pada gayanya...kalau ada beberapa paip dilonggokkan depan aku, tanpa melihat/nampak logo/brandnya aku boleh tau itu hasil tangan Johnsson. Ada satu paip "katak" yang menarik perhatian aku. Dapat pegang masa di Segamat Pipers
Aku tak mau tulis panjang-panjang lah. Korang bukan rajin membaca rapuan aku ni. Ini pun dah cukup panjang. Kalau aku nak bercerita pasal paip Johnsson mau berjela-jela. Aku dulu buat paip pun salah satu sebabnya ialah Johnsson. Aku tengok hasil kerja dia dan teruja nak buat paip sendiri pasal "kalau Johnsson boleh buat takkan aku tak boleh buat, nampak senang aje". So, secara tak langsung beliau memberi motivasi kepada aku.
Kesimpulannya; paip Johnsson Ooi setara dengan paip buatan luar negeri. Hasil kerjanya kemas, orangnya baik/peramah dan beliau tidak lokek/kedekut berkongsi maklumat pasal pembuatan paip.
...
Okaylah...cukup untuk hari ini.
Siapa ada paip Johnsson mailah boh satni gambar/picture sekali. Komen² yg baik²...yang tak baik korang mesej aje terus kepada beliau. Kalau tanya aku, aku puashati dengan paip hasil tangan dia.
Ok...sekian...
No comments:
Post a Comment