Friday, May 15, 2020

McClelland Tobacco

PABILA SANG PAUS BERHENTI BERENANG
==================================







Pengumuman pemberhentian operasi secara rasmi oleh pihak McClelland Tobacco Company sangat mengejutkan peminat tembakau seluruh dunia. Masakan tidak, hilanglah satu lagi blender tembakau di dunia ini.

Variasi blend tembakaunya yang pelbagai agak memenangi hati peminatnya. Apa yang saya lihat bagi pengguna tembakau jenisan ini, varian frog morton antara pilihan utama pemaip Malaysia. Varian ini juga sering menjadi titik mula penggemar aromatik kepada dunia non aro terutama english blend. Ini kerana dalam siri Frog Morton mereka tidak terlalu memaksa pengguna untuk berhijrah ala cold turkey. Pelan-pelan kayuh bak kata pepatah mat rock era 90an.

Lumrah dunia pemaip. Bila sesuatu blender mengumumkan pengunduran maka demand menjadi semakin tinggi. Maka tidak hairanlah pembelian panik akan berlaku. Natijahnya harga menjadi berganda di atas par padahal stok masih beribu-ribu kontena di port sana. Mujur juga syarikat-syarikat pengimport tembakau Malaysia tidak mengikut jejak langkah player luar negara. Tapi sekiranya ini berlaku, pastinya pemaip tempatan tahu apa nak buatkan?

Bagi saya dengan iklim sebegini walaupun merupakan satu kehilangan besar, namun kita masih banyak pilihan yang agak atau lebih baik. Tapi kerinduan itu pasti akan datang satu hari nanti.
*ZRR*
Kredit gambar : Pinterest, google image


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...