Thursday, April 2, 2020

CC

Assalammualaikum wbth dan salam PKP. Harap mamposan semua dalam situasi yang tenang dan berada di rumah masing-masing kecuali yang berada di barisan depan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa Covid-19. Sama-samalah kita berdoa supaya Covid-19 berjaya dihapuskan dan kehidupan kembali normal.

Untuk kesekian kalinya, aku nak ajak mamposan sembang-sembang pasal paip jagung /corncob, paip kategori pakai buang, kategori paip murah TAPI sebenarnya ianya paip yang sangat "reliable"...paip yang boleh diharap untuk mendapatkan rasa tembakau sebenar. Itu sebab aku ada beberapa batang paip cc dan paip ini menjadi paip belasahan tak kira dalam apa jua "pipesmeet". Aku tak segan membedal tembakau dengan menggunakan paip cc. Korang biasa tengok aku memaip guna paip cc kan?








Istimewanya paip cc ini ialah materialnya sesuai dijadikan paip dan kita boleh rasa enaknya tembakau yang dibakar terutama jika menggunakan paip cc yang baharu. Tongkol jagung menjadikan paip ini ringan dan mudah digunakan. Jika dahulu "stail & shape" hampir begitu sahaja namun sekarang ada kompeni yang mengadakan koloborasi dengan Missouri Meerschaum (MM) dan terhasillah paip cc yang pelbagai dan lebih menarik. Antara yang sudah berkoloborasi dengan MM ialah Cornel & Diehl, Dagner, Corcob Nation dan lain-lain.

Paip cc harganya berpatutan dan mampu milik. Harga standard bagi paip-paip cc sekitar bawah RM300. Yang di bawah harga RM100 pun banyak. Sekiranya anda kolektor paip, harga sebatang paip cc boleh mencecah ribuan ringgit. Dengan harganya yang murah begini, tidaklah berasa terkilan jika paip cc jatuh ke dalam lubang najis 😂😂😂



Tips? Untuk pemula boleh beli yang berharga bawah RM100. Untuk yang tiada masalah fulus, bolehlah mencuba paip koloborasi MM dengan C&D = Carolina atau Corncob Nation atau Chris Morgan. Kenapa? Pasalnya desain dan material stemnya lebih menarik daripada cc standard MM.

OK, cukup. Disertakan gambar-gambar paip cc sebagai "rachoon sempena PKP". Nak beli di mana? Aku tak jual...nanti adalah seller-seller paip cc muncul. Selamat menjamu mata. Jangan kata aku tak bagitau paip cc ni sedap ya.

Sekian.
Selamat berhibernate lagi 🤘🏼✊🤘🏼

2/4/2020 Khamis

Sedikit tambahan pd penulisan OMJ. Pipe cc juga amat berguna utk sesetengah blend yg mungkin kita xsuke atau ada rasa overpower. Contoh mcm Dunhill Elizabethan yg amatlah pahit bg sy kalo dlm pipe briar. Bila smoke dlm cc,rasa pahit tu berkurangan,n jd sedap plak Elizabethan ni.

Cc jgk kurang utk lekat ghosting.jd siap2 yg suke isap byk blends tu,sesuai la.

Cc yg unfinished jgk dikatakn lebih kurang oanas,sbb byk pora2 utk haba dilepaskn,dan tgn kita xbyk bersentuhan dgn stummel. Pipe rasa sejuk je.tp jgn la isap mcm kereta api,mmg panas jgk haha.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...