PIPE SMOKING 1 2 3
~BENTUK TEMBAKAU~
Menambah keunikan tembakau pipe ialah bentuk tembakau yang ditawarkan. Setiap bentuk ni ada cara yang berbeza untuk dinikmati dan kekuatan rasanya juga pelbagai. Biasanya, tembakau dalam bentuk yang dimampatkan lebih keras dan padu rasanya.
Flake Cut
--------------
Flake cut ni didatangkan dalam bentuk kepingan nipis. Tembakau jenis ini perlu dicarik-carikkan terlebih dahulu. Ada juga yang mengguntingnya halus dan ada yang melipatkannya dan dimasukkan ke dalam bowl terus.
Kaedah lipatan (fold) ni Admin suka guna dengan pipe yang ada lubang bowl besar. Bara dia tak panas sangat dan cara pembakarannya boleh dikatakan agak perlahan.
Ready Rubbed/ Broken Flake
------------------------------------------
Bayangkan tembakau flake yang telah diceraikan-ceraikan dalam
cebisan yang sederhana besar.
Ribbon Cut
----------------
Tembakau jenis ini dipotong dalam bentuk riben yang halus dan sedikit panjang. Dalam bahasa mudah, boleh dipanggil tembakau lerai.
Lebih mudah dihisap sebab tak perlu nak diracik lagi. Terus masuk bowl.
Majoriti tembakau yang dijual dalam pouch adalah ribbon cut, kecuali Erinmore Flake (Chap Nenas 25 gram) yang baru-baru ini mula dijual dalam bentuk pouch. Sebelum ini dalam tin bulat kecil.
Pada pandangan Admin, memang tak sesuai langsung sebab mudah patah flake tu. Flake lebih sesuai dijual dalam bentuk tin.
Cake/Plug
---------------
Tembakau jenis ini didatangkan dalam bentuk ketulan mampat. Proses sebelum dapat dihisap agak leceh, sama ada carikkan halus-halus dengan tangan, potong dengan pisau atau cigar cutter.
Rope
--------
Yang ini agak rare, tembakaunya dalam bentuk pintalan seperti tali.
Bentuk rope ni dikatakan amat digemari orang yang belayar dengan kapal laut di zaman dahulu kala sebab mudah nak simpan. Website Samuel Gawith menyatakan tembakau dalam bentuk ini juga digemari oleh pelombong (mudah dibawa)
Macam Cake/Plug, tembakau ni perlu dipotong halus-halus dahulu sebelum dihisap.
UPDATED:
1- (Segenggam Bara) :
Pernah baca yg Rope cut yg biasanya dibawa oleh pelombong2 ni, kebiasaannya ianya dikunyah.. Bukan diisap... Pasal sebarang pembakaran didalam lombong amat merbahaya.. So, utk menghilangkan ketagihan nic semasa bekerja, pelombong2 ni akan mengunyah rope cut baccy tu.. Kalau Isap pakai pipe, meletop kang lombong tu...
2- (Norhafizan Halib):
Betul2, setengah kapal dagang jugak x benarkan memaip masa zaman british hindia, jadi pelayar2 snuff atau kunyah baccy untuk menghilangkan ketagihan...owng melayu panggil sentel kot...
Bersambung...(Esok)
No comments:
Post a Comment