Wednesday, April 29, 2020

Ascorti CASTELLO

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Maafkan sy, PkNana nk berkongsi sedikit ttg kesurrrrrrr'annya pipe Ascorti ni.. Made in Italy, CASTELLO nama y bertaraf bangsawan (Makan Modai) ini x asing lg kpd pemipa pengumpul (klau salah maaflah) kira anak beranaknya termasuk la Ascorti ni dan Caminetto.. Apa y spesel sgt pipe ni? Bg PkNana y bestnya flow dia sempoi.. PkNana dh cuba masukkan Vabur/Straight Va berdesup berat.. Kira smp apa y dihajati la.. Try Aged Burley Flake (Solani) kentucky dia mai bertalu berselang seli dgn kekacang panggang sehingga separuh masa memaip sukar nk dihabiskan (full) manakala begitu juga dgn English Summer (Samuel Gawith) sebagaimama dlm review tobacco mengatakan ianya medium tetapi PkNana rs med to high Nic'O dia hampir surrender meletak pipe ke tepi (Puas)... Grassy Earthy dipersembahkan dgn baik PADU cuma kemanisan dn lemak kondisinya agak tipis dan hint flavors pun berkurangan ia menekan lebih pada Kick tembakau... Kejadian itu berlaku kemungkinan drilling hole flow dia y bertakat²... Zero gurgling 👍lagi satu asbab kenapa Kick lebih adalah ruangan chamber berbentuk 'V' kepada peminat Vapers mmg suka akan shape 'V' ni.. Nk bercerita luas ttg 'V' shape ini PkNana tidaklah pandai mana singkatnya kisah besar diatas menurun kebawah agak runcing didasar serta boleh kata cubalah br tahu x semestinya branding ini shj y sedap sbb byk lagi brand pipe lain punyai 'V' shape ✌disini PkNana ada share lubang flow dan bentuk 'V' shape dlm bowl.. Family Castello ini y pernah PkNana cuba dua jenis ini shj Castello dn Ascorti keduanya x lari jauh hit dia hanya harga shj berbeza.. Ya, x semua berkesempatan punyai branding ini tetapi y ada jglah sebaiknya (Pssst... PkNana sendiri pun belum ada)😚 hehe... Diberi test drive supaya boleh berkongsi pendapat ✌ so boleh le berjimat cermat utk punyai satu pipe seumpama ini agar puas memipa PkNana x kata la pipe lain x bagus byk lagi pipe y bagus² ❤  Y ada jglah sebaiknya kerana ianya amat berharga dr segi kepuasan.. Lg satu ini hanya perkongsian dr PkNana bukanlah meletakkan harapan pd semua utk membelinya.. Kang ckp ini PkNana la habaq sempoi suh beli hahaha.. Lidah kita berbeza keinginan kita lain²... Ok my braderman selamat bersahur.. Dan indahkan hari anda dgn sweetsmokes 😘 surrrrkerkerk





RC

Assalamualaikum & Selamat Pagi
Maafkan sy, haishh bebosan ni PkNana nk amik mandatori speech lah.. Haha confirm kena gasak tp xparahhh mau kental.. Masuk telinga pi otak hadam jgn simpan hati nnt kemam pipe x lepaih hancioq stem 😂 Pembuka pagaq.. Dalam pemilihan pipe kita kena sekata dgn apa y kita nk guna.. Bermaksud supaya kita dpt hint serta rs y kita mahu.. Contoh seperti RC kita beli apabila kita puff guna virginia, kita dapat grassy dia tp berapa lama kita boleh syioq layan grassy? 
Pd tempoh y lama kita rs agak mual sebab hint grassy kita dpt lebih begitu juga burley kita dpt hint earthy y PADU tp berapa lama kita dpt layan boleh rs hanyai kacang hangit pula.. Jika kita boh latakia balsam masam kita dpt shot dgn baik tp jika kita boh terlalu kerap dn lama mau pijor mulut sbb misteri rasa latakia penuh ruangan mulut high nic mula tendang dn sudah pasti khanyai jdnya.. Manakala aro the perfect choice sbb kita nk hambat flavorings disitu kita boleh dapat permainan y cantik.. Contoh baccy Mike Ready Rubbed.. Hint dia red grape.. Permainan red grape tu dpt full blast tanpa sedetik hilang walaupon kita pakai pipe straight atau bent dlm mulut masih lekat rs red grape (halus) namun dgn rc kita dpt lebih terangsang kerana cukup dlm proses olahan terduduk dlm tank shank.. Mcm kita isap vape la.. Bila tank lagi besar firing sekata apa y kita dpt? Dah tentu keseronokkan perisa dia mai.. So pemilihan pipe dn baccy kena sama rata.. Apa y kita nk semasa memaip? Apa y nak kita rs pd baccy y kita beli? Apa y kita nk pipe tu sampaikan? Itu semua kena ty selera sendiri.. Kenapa kita perlu pipe lebih dari satu? Y utama sebab kita nk pipe berehat secukupnya supaya pipe tidak terjejas dn semoga pipe dpt berfungsi dgn baik.. Kedua sbb apa kita perlu asingkan jenis tembakau pd sesuatu pipe? Jgn dijadikan rojak nnt apa rs pun kita x tahu hanya dpt asap shj tiadalah erti tata memaip.. Y ketiganya kita dpt bezakan flow y mana sesuai sesuatu pipe dn tembakau, sbg contoh bila aromatic kita pakai kepada y straight flow asapnya direct x sempat utk mengolah adunan aromatic.. Dia shot teruih kebarangkalian utk kesedapan x diterima sebaiknya malahan bite gigit lidah y kita dpt.. Akhirnya kita tolak pipe kita tolak tembakau.. Jdnya setakat itu shj kita memaip.. Seni pipe ini pelbagai y penting olahan dr kita sendiri.. Tidak perlu ikut cara org cumanya kita ambil tip dn olah sendiri.. Memaip tiada aturan y kukuh tetapi ada PANDUAN sebaliknya menyenikan ikut kreativiti tersendiri.. Kenapa PkNana tekankan PANDUAN kerana dgn adanya panduan ia menyenangkan anda dr step mula tangga satu anda boleh skip ke tangga 5 begitulah maksud PkNana. Manakala dgn ada PANDUAN anda boleh menghindar dr melakukan kesalahan atau tersasar boleh dielakkan. Jgn jdkan ia beban tetapi make it fun.. Pengalaman y mengajar bagaimana hendak tapis dn terus kehadapan.. Bg PkNana, jalani dahulu dn br kita tahu apa itu pipe dan tembakau.. PkNana hanya bercerita apa y PkNana lalui.. Dan PkNana beritahu supaya y tidak bagus tidak diikuti langkahnya.. Pendek kata terpulang pd individu utk menerima atau tidak.. Atleast berjalan sendiri dn info y diberi boleh dibandingkan malah boleh diadaptasi sebaik²nya.. Begitulah seni memaip.. Seni sendiri adalah y terbaik tiada siapa y boleh melarang kerana PIPE ITU MILIK ANDA BACCY ITU MILIK ANDA DAN UWANG ITU MILIK ANDA..  Jadilah pemipa y bijak ✌ setakat ini shj perkongsian PkNana y x seberapa tetapi boleh diambil jika baik & boleh tolak jika sesat... PkNana chill ja dgn hati terbuka haha x luak org benci tp kasih org y menyayangi auummmm 😘 🐯 Assalamualaikum... Selamat berbuka semua ya.. (jam Argentina buka dah)😝

P/S : Ya sbb itu reviewers tidak sama sekali menekan utk mengikut jejaknya malah sebaiknya kita cuba dgn cara kita disamping panduan y ada utk selit mencorak 👍 tetapi sikap membanding dicelah batu itu kurang tepat ada baiknya dipersoal dihadapan moga dpt diperhalusi bersama bukan menunding itu salah ini betul.. Kerana memaip ini universal💪 Berkongsi pendapat itu juga TERBAIK br ngam dgn group moto MITOSAN BERSAUDARA ✌


Sunday, April 19, 2020

Jenis tembakau

PIPE SMOKING 1 2 3
~BENTUK TEMBAKAU~

Menambah keunikan tembakau pipe ialah bentuk tembakau yang  ditawarkan. Setiap bentuk ni ada cara yang berbeza untuk dinikmati dan kekuatan rasanya juga pelbagai. Biasanya, tembakau dalam bentuk yang dimampatkan lebih keras dan padu rasanya.

Flake Cut
--------------
Flake cut ni didatangkan dalam bentuk kepingan nipis. Tembakau jenis ini perlu dicarik-carikkan terlebih dahulu. Ada juga yang mengguntingnya halus dan ada yang melipatkannya dan dimasukkan ke dalam bowl terus.

Kaedah lipatan (fold) ni Admin suka guna dengan pipe yang ada lubang bowl besar. Bara dia tak panas sangat dan cara pembakarannya boleh dikatakan agak perlahan.

Ready Rubbed/ Broken Flake
------------------------------------------
Bayangkan tembakau flake yang telah diceraikan-ceraikan dalam
cebisan yang sederhana besar.

Ribbon Cut
----------------
Tembakau jenis ini dipotong dalam bentuk riben yang halus dan  sedikit panjang. Dalam bahasa mudah, boleh dipanggil tembakau lerai.

Lebih mudah dihisap sebab tak perlu nak diracik lagi. Terus masuk bowl.

Majoriti tembakau yang dijual dalam pouch adalah ribbon cut, kecuali Erinmore Flake (Chap Nenas 25 gram) yang baru-baru ini mula dijual dalam bentuk pouch. Sebelum ini dalam tin bulat kecil.

Pada pandangan Admin, memang tak sesuai langsung sebab mudah patah flake tu. Flake lebih sesuai dijual dalam bentuk tin.

Cake/Plug
---------------
Tembakau jenis ini didatangkan dalam bentuk ketulan mampat. Proses sebelum dapat dihisap agak leceh, sama ada carikkan halus-halus dengan tangan, potong dengan pisau atau cigar cutter.

Rope
--------
Yang ini agak rare, tembakaunya dalam bentuk pintalan seperti tali.

Bentuk rope ni dikatakan amat digemari orang yang belayar dengan kapal laut di zaman dahulu kala sebab mudah nak simpan. Website Samuel Gawith menyatakan tembakau dalam bentuk ini juga digemari oleh pelombong (mudah dibawa)

Macam Cake/Plug, tembakau ni perlu dipotong halus-halus dahulu  sebelum dihisap.

UPDATED:

1- (Segenggam Bara) :

Pernah baca yg Rope cut yg biasanya dibawa oleh pelombong2 ni, kebiasaannya ianya dikunyah.. Bukan diisap... Pasal sebarang pembakaran didalam lombong amat merbahaya.. So, utk menghilangkan ketagihan nic semasa bekerja, pelombong2 ni akan mengunyah rope cut baccy tu.. Kalau Isap pakai pipe, meletop kang lombong tu...

2- (Norhafizan Halib):

Betul2, setengah kapal dagang jugak x benarkan memaip masa zaman british hindia, jadi pelayar2 snuff atau kunyah baccy untuk menghilangkan ketagihan...owng melayu panggil sentel kot...

Bersambung...(Esok)

Friday, April 10, 2020

PETERSON systems

Assalamualaikum & Selamat pagi
Maafkan sy, nk shared skit pasai Peterson System's... Khusus Army Mount, dimana semasa diwaktu puff dn tentunya panas dishank serta stem.. Dgn Army Mount stem ni kita boleh cabut bila² ms shj semahu kita👍 tanpa risau stem crack😄 knp mau cabut pula stem? Haaaa... Utk refreshing puff buang ayaq candu y bertakung.. So lebih enak ngepuff kembali x perlu tggu sejuk jolok cuci shank buang ayaq candu.. Inilah salah satu keistimewaan Peterson System's... So kpd siapa y ada pipe Peterson punyai drain mcm gini perliharalah sebaik mungkin.. Sedap guna system ni sbb bila kita puff baccy aro aummm it's dry smoke brader.. Dpt ketoi aromanya auuummmm 🐯 lepaih puff pun langsung boleh cuci n simpan xyah nk tggu sejok.. 😝serba sedikit info muhong dr PkNana.. Chill surrrrkerkerk...





 


Thursday, April 2, 2020

CC

Assalammualaikum wbth dan salam PKP. Harap mamposan semua dalam situasi yang tenang dan berada di rumah masing-masing kecuali yang berada di barisan depan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa Covid-19. Sama-samalah kita berdoa supaya Covid-19 berjaya dihapuskan dan kehidupan kembali normal.

Untuk kesekian kalinya, aku nak ajak mamposan sembang-sembang pasal paip jagung /corncob, paip kategori pakai buang, kategori paip murah TAPI sebenarnya ianya paip yang sangat "reliable"...paip yang boleh diharap untuk mendapatkan rasa tembakau sebenar. Itu sebab aku ada beberapa batang paip cc dan paip ini menjadi paip belasahan tak kira dalam apa jua "pipesmeet". Aku tak segan membedal tembakau dengan menggunakan paip cc. Korang biasa tengok aku memaip guna paip cc kan?








Istimewanya paip cc ini ialah materialnya sesuai dijadikan paip dan kita boleh rasa enaknya tembakau yang dibakar terutama jika menggunakan paip cc yang baharu. Tongkol jagung menjadikan paip ini ringan dan mudah digunakan. Jika dahulu "stail & shape" hampir begitu sahaja namun sekarang ada kompeni yang mengadakan koloborasi dengan Missouri Meerschaum (MM) dan terhasillah paip cc yang pelbagai dan lebih menarik. Antara yang sudah berkoloborasi dengan MM ialah Cornel & Diehl, Dagner, Corcob Nation dan lain-lain.

Paip cc harganya berpatutan dan mampu milik. Harga standard bagi paip-paip cc sekitar bawah RM300. Yang di bawah harga RM100 pun banyak. Sekiranya anda kolektor paip, harga sebatang paip cc boleh mencecah ribuan ringgit. Dengan harganya yang murah begini, tidaklah berasa terkilan jika paip cc jatuh ke dalam lubang najis 😂😂😂



Tips? Untuk pemula boleh beli yang berharga bawah RM100. Untuk yang tiada masalah fulus, bolehlah mencuba paip koloborasi MM dengan C&D = Carolina atau Corncob Nation atau Chris Morgan. Kenapa? Pasalnya desain dan material stemnya lebih menarik daripada cc standard MM.

OK, cukup. Disertakan gambar-gambar paip cc sebagai "rachoon sempena PKP". Nak beli di mana? Aku tak jual...nanti adalah seller-seller paip cc muncul. Selamat menjamu mata. Jangan kata aku tak bagitau paip cc ni sedap ya.

Sekian.
Selamat berhibernate lagi 🤘🏼✊🤘🏼

2/4/2020 Khamis

Sedikit tambahan pd penulisan OMJ. Pipe cc juga amat berguna utk sesetengah blend yg mungkin kita xsuke atau ada rasa overpower. Contoh mcm Dunhill Elizabethan yg amatlah pahit bg sy kalo dlm pipe briar. Bila smoke dlm cc,rasa pahit tu berkurangan,n jd sedap plak Elizabethan ni.

Cc jgk kurang utk lekat ghosting.jd siap2 yg suke isap byk blends tu,sesuai la.

Cc yg unfinished jgk dikatakn lebih kurang oanas,sbb byk pora2 utk haba dilepaskn,dan tgn kita xbyk bersentuhan dgn stummel. Pipe rasa sejuk je.tp jgn la isap mcm kereta api,mmg panas jgk haha.

Wednesday, April 1, 2020

TARIKH PENGELUARAN SAMUEL GAWITH


Maafkan sy, okie sedikit persoalan ya... Ramai disini sudah kenali branding tembakau dr Samuel Gawith 😚 jadi PkNana rs tidaklah janggal bukan? Persoalannya bagaimana hendak tahu hari/bulan/tahun y pd y dibeli... Mari kita bincangkan... Ilmiah utk dikongsi bersama..




Maafkan sy, sambungan ptg tadi ya... Maaf ada keralatan sedikit pd hujung video sebutan pegiraan angka hahaa 😝.. *286 malaih nk record semula laaaaaa... Jalan terus wakakakak... Surrrkerkerkk...
Selamat berinfo² ya...



Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...