Saturday, March 28, 2020

Johnson

Assalammualaikum...good morning everybody. Hari ni hari ke-12 PKP/MCO...(29/3/2020 Ahad)

Polinski dah, OMS dah, Peterson dah...semua paip buatan luar negeri. Hari ni up paip buatan dalam negara pulaklah. Ada ramai pembuat paip di Malaysia ni dan salah seorangnya ialah JohnssonOoi . Rasanya dah lebih 10 tahun beliau menghasilkan paip. Kalau hendak tahu lebih lanjut berkenaan paip-paip beliau bolehlah klik pautan ini  http://johnssonpipes.com/

Nah, di bawah ni salah satu hasil tangan Johnsson. Ini hadiah kemenangan acara "fast puff" yang aku menangi 😁 Mau ke? Jual? Tak mau lah...paip champion ni. Setakat ini aku ada 2 batang paip Johnsson. Tunggu dapat duit terpijak baru nak cuba paip RC Johnsson. Bab paip RC ni tanya M Zofid MZin ...kalau tak silap dia ada paip RC hasil tangan Johnsson.

Pandangan aku pasal paip Johnsson? Pada aku paip-paip beliau ada "stroke"/gaya macam tok guru dia sedikit, ada kelembutan pada gayanya...kalau ada beberapa paip dilonggokkan depan aku, tanpa melihat/nampak logo/brandnya aku boleh tau itu hasil tangan Johnsson. Ada satu paip "katak" yang menarik perhatian aku. Dapat pegang masa di Segamat Pipers

Aku tak mau tulis panjang-panjang lah. Korang bukan rajin membaca rapuan aku ni. Ini pun dah cukup panjang. Kalau aku nak bercerita pasal paip Johnsson mau berjela-jela. Aku dulu buat paip pun salah satu sebabnya ialah Johnsson. Aku tengok hasil kerja dia dan teruja nak buat paip sendiri pasal "kalau Johnsson boleh buat takkan aku tak boleh buat, nampak senang aje". So, secara tak langsung beliau memberi motivasi kepada aku.

Kesimpulannya; paip Johnsson Ooi setara dengan paip buatan luar negeri. Hasil kerjanya kemas, orangnya baik/peramah dan beliau tidak lokek/kedekut berkongsi maklumat pasal pembuatan paip.

...
Okaylah...cukup untuk hari ini.

Siapa ada paip Johnsson mailah boh satni gambar/picture sekali. Komen² yg baik²...yang tak baik korang mesej aje terus kepada beliau. Kalau tanya aku, aku puashati dengan paip hasil tangan dia.

Ok...sekian...





Friday, March 27, 2020

BLACK XX

Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Maafkan sy, okie harini PkNana revisit Samuel Gawith Black XX, sesungguhnya baccy di mmg ketahanan tahap bapak dinasour... Walaupun sudah diperam setahun lebih kedegilan krystal utk muncul mmg harapanlah... Dia naik katbkulit luar pun ciputtt aja... Pada awalan firing agak kurang enak sbb kuat betul rs daging salai.. Ketibaan manis ada tp slow, apabila mengecapi suku bowl lemak cream susu sampai dn manis y sesedap kemudian ada hint spicy y mild, org kata great package 👍 akan bisa pula suku bowl boleh tersandaq dh letak pep tepi akibat tendangan Nic'O y PADU, klau boh dlm bowl y besaq mual la habiaq ang... Dah tentu werk klau perut x diisi.. PkNana ambil masa 1jam 15mnt utk habiskan walaupon dlm cobs outlaws series ni.. Akhirkata smp dasar PkNana ghekah cukup puas senoneng... ❤ debu² y menarik pd baccy ni tepat jwpannya cr baccy ini dibalut daunan rope.. (ala² cigar) bila dh habis kemanisan lemak masih terasa walaupon dh mnm air haha.. Pokok kata baccy ni sedap di bahan sebulan sekali klau tiap² hari anda cr trouble klau x caya boleh tanya kanda #LenkoiJuniorJunior kikiki... Disini juga PkNana ada menggunakan hempwick ada sapa tanya hari tu camna nk guna.. Dan method y PkNana guna adalah Ray methods pengasanya kanda #GatotSubroto 👍 selamat mencuba serba sedikit info ya..






PETERSON PIPERS

Assalammualaikum wbth..

Selamat sore teman-teman..

Selamat berpkp/berMCO..hari ke-10..


Kelmarin Polinski, lepas tu OMS...so hari ni beralih kepada PETERSON,satu jenama berusia lebih 150 tahun. Boleh dianggap satu nama besar dalam dunia pemaipan. Kalau tak punya paip Peterson ni macam belum khatam mempaip 😂😂😂 ...rileklah, jangan serius sangat. Ramai yang tak punya paip jenama Peterson ni dan ramai jugak yang ada, bukan 1, bukan 2...banyak. 


Ni upkan jenama Peterson pasal Kapt Zamri Nik  mintak upkan. Rasanya dia ada 7-8 batang paip Peterson. Paip Peterson pada gambar ni ialah Aran No.15. Usia paip ni rasanya lebih dari 10 tahun. Beli di Midvalley. Ini antara paip pertama kepunyaan aku. Dah lama tak guna. Jual? Tak mau lah. Ada nilai nostalgianya 😂😂😂


Ada kelebihan apa pada paip ni? Pada aku biasa sahaja. Saiz standard. Urat kayu pada bowl pun bercelaru. Kenapa beli? Alah, masa tu beli tak pandai menilai paip pun, asal beli je...sebab namanya. Pernah dapat katalog...mintak aje dari Peterson..mereka hantar dengan pos. Rajin Peterson layan pelanggannya. Aha...tin tembakau bukan kosong tau, ada isi. Tembakau aro tu. Ada yang kata akan hilang baunya...🤔🤔 Aku simpan ikut tahun pada tin tu. Tembakau tu dalam plastik, elok je aku tengok. Bila nak diisap? Tunggu aku pencen beberapa bulan lagi. Hajat nak buatt kenduri sikit. Nak ajak kawan-kawan semua, insyaAllah. Semua tembakau aku nak bukak & bagi korang isap sampai muntah 😂😂😂 Doa-doalah mudah-mudahan kita boleh berkumpul ramai-ramai. Boleh start kumpul duit travelling 😁😁😁 Mana tau aku buat gila nanti ...





Okaylah...naik jemu korang baca penulisan aku ni. Sesiapa ada paip Peterson up ler kat komen.

Thursday, March 26, 2020

OMS


Assalammualaikum semua...selamat sore rakan-rakan pemaip...udah minum petang? Selamat menjamu selera.

Semalam Polinski...petang ni cerita pasal paip OMS aka One Man Smoke yang dihasilkan oleh Abdussalam Sipes. Paip-paip OMS mendapat sambutan yang hangat di kalangan mamposan. Antara pemaip yang memiliki paip-paip ini ialah MohdAfx AmarNaiem M Zofid MZin ...gua pun ada. Ada 3 batang paip OMS. Gua beli satu, satu lagi hadiah daripada OMS sendiri dan satu lagi adalah seorang brader beri 😁

Apa yang menarik dengan paip-paip OMS?
Kalau tanya gua antara kelebihan paip-paip OMS ialah bentuk dan saiznya yang nampak solid, agak besar, finishingnya yang berbeza daripada paip-paip jenama lain...stemnya yang sedap digigit. Itu pendapat gua lah.

Aha, petang ni nak tengok siapa ada paip jenama OMS ni...kalau masih digunakan dengan baik. Letak gambar dalam komen. Ceritalah kenapa suka paip ini. Aaa...paip estet jenama OMS pun rentung harganya tau. Kalau dapat harga murah kira korang beruntunglah. Tak percaya tanya Amar Naiem. Nak ke paip OMS gua? 😂😂😂 cucu gua kata " sorry ..naik lori" 😂😂😂

Wednesday, March 25, 2020

Memudahkan

Assalamualaikum & Selamat Pagi,







Maafkan sy, mlm ni PkNana nk pertengahkan suatu brg.. Benda lama dah tp jarang dimuat naik pemipa.. Selain dr lighter/mancis utk menyalakan baccy ada juga bahan lain iaitu tali guni.. Dimana kita tahu menyalakan baccy menggunakan lighter boleh menyebabkan rim berjelaga mahupun terbakar terutama y jenis torch TETAPI bg y tgn cun charing firing baccy tiada masalah pd mereka.. Manakala pakai mancis lebih mesra dn kurang penjelagaan TETAPI apabila dikawasan y berangin sudah tentu menjadi masalah. Jenuh pedo klau ada rakan y bersaiz besar ataupun tembok itu kira bonus la😂 disini PkNana ingin mempertengahkan satu lagi bahan pembakar y agak mesra pembakaran iaitu tali guni, tali guni ini produk keluaran dr RAW.. harga sekitar Rm10, PkNana suka juga menggunakan tali guni ni kerana bila baccy disempadan pertengahan bowl mudah utk membakar, kerana boleh celup hingga kedalam mana pun itu asbab y terutama la.. Sebab bg PkNana y menjagai keterampilan pipe ini satu bahan y amat berguna sekali cumanya bila dipegang tali guni ini dia ada bau semacam (kurang enak) mungkin kerana lilinnya tp itu tidak menjadi halangan.. Ketika membakarnya bauan itu tidak terkesan pd baccy, asapnya la bila padam bau serr.... Tali guni ini panjangnya sekitar 3meter atau 10 kaki, boleh muat utk lilit 2x pd sebatang lighter. Kenapa perlu lilit pada lighter? Asalnya xperlu pun xpa cuma jika dililit pd lighter itu memudahkan just tarik nyala dn padam lilit kembali. So sekarang bg y baharu memaip anda ada pilihan penggunaan material bahan pembakar baccy.. Sedikit info PkNana pd pg ini.. Owh ya sebelum terlupa tali guni ini boleh didapati di #KamelahPenang atau #MatRomeo y PkNana tahu setakat ini.. Ok brader sweetsmokes ya.. Kita sambung nnt utk info y lain.. Insyallah doakan kesihatan PkNana moga boleh terus berinfo ehwahhh... PkNana juga mendoakan brader² semua dlm keadaan y baik dn dijauhi segala gejala dok mai.. Insyallah amin..

Polinski

...selamat pagi semua...
dah tidur ke baru bangun tidur?
Yang belum tidur tu mehlah sembang-sembang pasal paip atau yang sewaktu dengannya. Ni haa...tadi isap tembakau guna paip brand Polinski. Jadinya, nak buat survey sikit lah pasal paip Polinski kepunyaan kawan-kawan dalam MAMPOS.. rasanya ada ramai yang memiliki Polinski.




Tolong up sikit gambar paip Polinski ...lepas ni kita survey pulak paip jenama-jenama lain. Nanti bolehlah disembang-sembangkan apa yang menarik dan kurang menarik pasal paip jenama Polinski ni.



 ...aku mula dulu ek...aku ada 2 paip Polinski...paip ni besar...gedabak. Paip² Polinski biasanya sebahagian dilicinkan dan sebahagiannya kasar/rustik. Yang menarik pasal paip ini ialah airholenya bengkok di bahagian nak sampai ke dasar chamber padahal shank paip-paip ni agak bengkok. Satu tu shape Oom Paul ..paip ni sedap dipegang tapi tak selesa untuk lekat di bibir/mulut. Ianya agak berat sebab bowlnya besar. Diameter chamber rasa²nya dalam 19-20mm (malas nak ukur...entah mana caliper aku).
Memang besar paip ni. Harga? Kalau dah kat tangan aku jadi harga Yahudi lah pasal aku tak jual kecuali ada yang gila² ofer harga makan 5-6 bulan gaji 😂😂😂 Sebenarnya taklah mahal mana.


Ok...cukup...aku tahu ada ramai ada paip Polinski...ambik gambar boh kat komen...ceritalah sikit ek...


Babai ...


Oldman

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...