Monday, September 30, 2019

Nama² komponen pipe jagung

Assalamualaikum sahabat, saya kongsikan nama-nama komponen paip jagung dari MM untuk pengetahuan semua. 


Jagung kesikaan pemimpa


Ni salah satu pak nana punya



Sebarang pertanyaaan atau kemushkilan boleh lah menghubungi terus pihak MM ya. 
Jangan tanya saya sebab saya pun tak tahu. 
Tapi kan, yang saya mushkil, Kalau kita tukar ke bahasa apa jadi ya??? 🤔 

Cth ayat~
Cikgu.. saya punya “tenon” nak masuk ke “kenaikan” tu longgar sikit, nak baiki dekat “batang” macam mana cara ya? 
#soalancepumas



Chamber = Ruang
Bowl = mangkuk
Draft hole = draf lubang
Stem = batang
Ferrule = ferule 
Tenon = Tenon
Lip = bibir 
Bit = sedikit
Filter = penapis 
Mortise = kenaikan 



Haa..



ni local pipe maker takde buat ek. 
Nak cuba-cuba buat boleh aje tapi kalau nak buat dan jual rasanya tak berbaloi. Kena ada ladang jagung beratus-ratus ekar pasal nak buat cc aka corncob ni memakan masa jugak. 
Bukan petik aje jagung..
jemur n keringkan dan buat. 
Nak tau lanjut tanya "pakcik"...
pakcik apa benda korang tanya dia pasti jawab.

Cc...
antara material mempaip terbaik. 
Tapi kena tengok jenama jugak...
brand yang bagus. 
Ada yang takde brand. 
Yang takde brand ni silap-silap guna terbakar tongkoi jagung. 
Harga yang ni sama aje...
senang cerita lebih kurang aje. 
Brand yang terkenal ialah cc keluaran Missouri Meerschaum Pipe ..
sekarang dah ada beberapa kolaborasi dengan pipe maker seperti Dagner. 
Dagner mengubah cc menjadi paip yang menarik. 
Harga berpatutan. 
Yang penting di sini ialah kualiti cc itu.

Cc = CornCob

Okay..selamat menjagung di hari Selasa...

💪👌✊✌👍

Tuesday, September 17, 2019

Dunhill mixture 965

Sepetang bersama Dunhill My Mixture 965.




Sambil menikmati petang Jumaat yang nyaman di cuti Tahun Baru Cina ini, saya terpanggil untuk membelek baccy-baccy lama. Memandangkan tin Dunhill My Mixture 965 ini sudahpun sampai ke status "alert" (dah botak: di sebalik untaian ribbons dah terlihat kertas dasar nya) maka saya pack baccy ni lightly ke dalam Peterson Outdoor saya,  nosewarmer Dublin yang kecil molek dan jarang-jarang melihat api kebelakangan ini.

Dunhill My Mixture 965 (MM965) ini adalah sebuah English blend yang sangat versatil. Adunan daun tembakau Macedonia Bright yang sederhana heavy diolah dengan sedikit Cyprian latakia untuk menghasilkan rasa full-body yang sedikit nutty dan light. Ini ditambah dengan brown cavendish untuk menaikkan keharuman dan kemanisan blend. Jadi pada saya, MM965 bukanlah "lat-bomb" ala Dunhill Nightcap dan tidak juga "tangy", "spicy" dan tajam seperti Dunhill Standard Mixture series, menjadikan nya sesuai untuk santai petang sebegini.

Dari segi sejarah nya, MM965 adalah antara blend Dunhill yang paling terkenal dan digemari ramai. Permulaannya dikhabarkan adalah dari satu pertandingan mencipta baccy dimana entry no 965 telah memenanginya dan blend itu terus digunakan sehingga ke hari ini. Satu lagi teori ialah dimana masa dulu Dunhill selalu membuat blend-blend tertentu atas permintaan pelanggan. Di stor mereka di Duke Street terdapat satu buku lejar kulit yang bertajuk "My Mixture" di mana semua tembakau "custom-made" atas permintaan pelanggan tertentu dicatat, dan blend bernombor daftar 965 adalah di antara blend-blend custom ini. Blend ini asalnya dikatakan dibuat untuk E.A. Baxter, Esq.

Disebalik teori-teori ini, MM965 dikatakan telah dicipta sejak 1910 lagi. Ini menyebabkan ia tergolong sebagai blend yang paling tua di dalam sejarah Dunhill: Royal Yacht dicipta sekitar 1912, Standard Mixtures lahir pada 1920, dan London Mixture pula pada 1928.

Sejak itu, MM965 muncul di dalam katalog-katalog Dunhill dengan tag line nya "Rich Flavor, Fine Aroma. Very Cool Smoking". Ia juga sentiasa dilabel sebagai 'The finest Mixture ever produced'. Memandangkan MM965 tidak pernah diberhentikan pengeluarannya, Dunhill telah pun menghasilkan suatu blend "trade mark" yang mudah dikenali ramai dan banyak penggemar setia.

Namun, sejak Dunhill mewakilkan pengeluaran tembakau nya kepada pihak ketiga dari awal 70an, banyak juga yang diperkatakan tentang MM965. Blending asal dan Murray & Sons dikatakan antara blender terbaik untuk blend ini. Versi terkini, di tangan Orlik, memiliki spekulasi nya tersendiri di kalangan "purist" dan Dunhill "hardcore". Walaupun begitu, apa yang penting ialah kesinambungan blend yang sudah pun berusia lebih 100 tahun ini tetap terjaga dan dapat dinikmati pipesters sekarang.

Mungkin suatu masa nanti kita boleh berbincang dengan lebih lanjut mengenai strategi pemasaran Dunhill dan kunci kepada "branding mystique" dan prestij nya yang telah tercipta sejak sekian lama. Ketika ini, saya hanya mahu melabuhkan konsentrasi yang lebih terhadap nuttiness flavor dari Cyprian latakia dan bright Macedonia yang menghasilkan produk kepulan asap putih yang agak mengasyikkan ini. Dengan strength nya yang sederhana, diulit flavor latakia yang smoky dan tidak heavy, sesi pipa petang saya adalah amat cool dan menenangkan.

Jika saya memerlukan "lat bomb", Dunhill Nightcap dan Savinelli English sedia menanti. Jika oriental yang dicari, McClelland Arcadia atau Dunhill Standard Mixture adalah pilihan yang baik. Inginkan kompleksiti Syrian latakia yang "leathery" itu? - Ashton Artisan Blend atau Solani White & Black terlintas di fikiran. Namun petang ini sudah pun terisi dengan kualiti perpipaan yang hebat, adunan rasa yang seimbang dari MM965 yang sememangnya popular dan mengasyikkan.

Variasi flavor dan taste dari blend-blend yang berlainan ini membuatkan saya bersyukur yang kita ini bertuah memiliki hobi berpipa. Hidup sentiasa berwarna-warni dengan seleksi yang ada dari tobacconist-tobacconist tempatan. Penting juga bagi tobaccobist ini untuk menyediakan stok-stok baru dari semasa ke semasa, kerana selera pipesters ini senantiasa bertukar saban tahun.




Dunhill

Bismillahirrahmanirrahim.

Dunhill merupakan salah satu jenama yang mempunyai sejarah tersendiri dalam dunia paip, tembakau dan cerut. Tembakau Dunhill adalah legenda, dengan berjuta peminat di seluruh dunia. Dibuat dari daun-daun yang berkualiti dan memiliki konsistensi yang luar biasa, blend tembakau ini menjadi pilihan eksklusif setiap peminat.

Paip mereka pula telah lama menjadi standard di kalangan peminat paip. Mereka boleh didapati dalam pelbagai jenis kemasan, semuanya dengan bentuk wajah yang klasik dan penuh



Castello

Castello : Pipe Berstatus cult





Rata-rata pemipe sangat familiar dengan status Dunhill sebagai jenama pipe yang unggul dan penuh sejarah.
Begitulah keupayaan strategi pemasaran dalam memainkan peranan dan status produk mereka.
 Namun, terdapat beberapa jenama yang beroperasi di luar strategi ini dan masih diminati ramai.
 Tanpa strategi pemasaran berskala besar, status kultus (cult) tentunya terbina dari kesedaran konsumer akan kualiti produk, dan disinilah Castello menempa namanya...

Merupakan antara jenama tertua Italy, Castello adalah satu nama besar dalam industri pipa.
Selain Dunhill, Castello adalah jenama yang mampu memberikan konsep pelaburan ke dalam hasil kreasi mereka : harga pipa estate Castello mampu mencapai penaksiran yang tinggi dan sangat collectible.
Namun begitu sebenarnya Castello bukanlah artisan; ianya adalah satu manufacturing unit yang memiliki 6-8 orang pipemakers yang rata-rata sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan pengasasnya Carlo Scotti.
Antara nama pipemaker besar yang bermula sebagai pipemaker Castello adalah Luigi Radice dan Ascorti.
Sejak pemergian Scotti, menantunya Franco Coppo (Kino) telah mengambil alih perniagaan dan meneruskan tradisi pipa Castello hingga ke hari ini.

Jika dilihat, kejayaan Castello sebagai jenama pipe terkenal bukanlah mudah. Carlo Scotti memulakan jenama ini sejak 1947 dan dari dahulu lagi telah menekankan penggunaan briar yang dirawat secara alami, air dry, dimana hanya briar yang sudah di air dry selama lebih 8 tahun sahaja digunakan.
Ini memastikan briar tersebut benar-benar kering dan sesuai untuk dijadikan pipa. Selain itu, Castello juga berbelanja besar dalam mendapatkan bahan briar yang terbaik.
Ini diakui oleh ramai pipemaker artisan Italy, di mana bagi mereka Castello selalunya mampu mendapatkan briar yang terbaik.

Gabungan tenaga mahir pipemakers Castello dan penggunaan briar yang terbaik dan matang adalah formula kejayaan jenama ini. Kebanyakan pemipa yang menggunakan Castello pastinya mengagung-agungkan smoking qualities yang mampu diberikan. Saya sendiri akui bahawa smoking qualities ini, di mana saya sendiri memiliki tiga buah pipa dari Castello, adalah benar dan kesemua pipa Castello saya mampu memberikan kepuasan berpipa yang maksimum. Walaupun begitu, saya tidak menolak "feel good factor" di mana pengaruh harga dan status Castello sedikit sebanyak memberi impak yang baik apabila kita menyalakan baccy di dalam bowl sesuatu Castello.

Dari segi harga, pipa Castello boleh dikatakan berada di kelas atas, sama seperti Dunhill. Bermula dari entry-level Sea Rock di sekitar RM1700 hingga lah ke Flame Series yang mampu meraih lima angka, Castello adalah jenama yang agak mahal. Namun beberapa kolektor tersohor berspekulasi tentang market pipa estate Castello, di mana dengan pengeluaran setahun yang sedikit (4000 buah) berbanding Dunhill yang memiliki 30 pipemakers dan pengeluaran yang lebih tinggi jumlahnya, harga yang mampu diraih adalah sangat baik.

Perlu ditekankan yang Castello juga mempelopori dasar "open airflow" di mana rata-rata pipa Castello memiliki air flow yang lebih terbuka. Sudah tentu konsep ini digemari sesetengah pemipa dan mungkin sebahagian pemipa pula lebih menyukai air flow yang lebih kecil. Apa pun open air flow ini membantu dalam pembakaran yang lebih konsisten dan mudah bagi pemipa pemula untuk memastikan amber bara kekal lebih lama.

Ketika kolektor-kolektor The White Spot mendambakan rarities mereka seperti Dunhill ODA, Red Bark, Dead Root dan Magnum, Castello juga memiliki beberapa keluaran yang sering dicari-cari seperti Epoca dengan ukiran berbentuk cairan wax mengalir, Castello "Flame" dengan ukiran nyalaan api, "L.O.B" - legendary old briar: di mana koleksi briar-briar unsmoked Castello dari tahun 60-70an dibeli semula oleh Carlo Scotti dan dijual kembali dengan tambahan nomenclature itu (bayangkan kebaikan briar-briar pada ketika itu, di mana pipemakers masih memiliki banyak pilihan untuk betul-betul menggunakan hanya briar yang terbaik) dan "Perla Nera" dengan finishing saduran hitam yang berlapis-lapis. Semua ini menambahkan lagi tahap keseronokan pengkoleksian pipa Castello.

Oleh itu tidak hairanlah apabila kita melihat harga yang diletakkan pada sesebuah pipa Castello adalah agak tinggi. Status kultus ini, disertai dengan kualiti briar yang terbaik dan hasil seni artisan-artisan yang sangat berpengalaman, menjadikan pipa keluaran Castello sebagai satu objek occult yang menjadi dambaan dan pujaan peminatnya di serata dunia.

“Among smokers, the Castello pipe is a true cult object which is often purchased for the simple pleasure of owning one, or for a collection.” (Anna Grandori, Organization and Economic Behavior, 2001, 320)

Tentang pipe GBD

GBD pipes -


Sedikit sebanyak sejarah GBD paip yang diasaskan oleh 3 orang sahabat - Granneval, Bondier & Donniger di Paris pada tahun 1850. 

Dikatakan antara pipemaker yang mula-mula menggunakan kayu briar dalam pembuatan paip-paip mereka.

Yang mana pada tahun 1903, mereka berhijrah ke London dan telah membuka kilang pembuatan disana.

Dikatakan paip-paip keluaran GBD pada tahun-tahun berikutnya mampu menandingi paip-paip keluaran syarikat-syarikat lain seperti Dunhill dan Charatan yang pada masa itu telah menghasilkan paip-paip bermutu tinggi (High end pipes).


Dari situ, GBD telah melalui pelbagai transformasi  sebelum pada tahun 1981, GBD yang telah diambil alih oleh Oppenheimer, telah digabungkan dengan Comoy dan dari situ bermula lah zaman kegelapan/kejatuhan pipe2 keluaran GBD. 



Pengenalan dan sejarah silam

Bawah ni salah satu GBD 




                         Contoh GBD yang saya ada

Namun begitu, pada era kegemilangan nya (1903 - 1980), GBD telah menghasilkan beberapa series paip keluaran mereka yang diakui bermutu tinggi dan di buru oleh peminat-perminat paip vintage bermutu tinggi masa dulu & sekarang. Antara koleksi series nya yang mempunyai mutu & nilai yang tinggi adalah seperti -


Pedigree.

Pedigree I,II & III.

Prodigy.

Virgin.

Verichrome.

Prestige.

New Era.

Prehistoric.


GBD adalah diantara syarikat pembuat/pengeluar paip yang mempunyai sejarah yang complex.

Sunday, September 15, 2019

Jenama cigar

Salam maghrib dan salam ngebul.

Hari ini baru lah admin berkesempatan untuk menulis serba sedikit info cigar untuk dikongsikan kepada warga #mypsj setelah seminggu dengan waktu yang sangat terbatas, akhirnya diberi ruang waktu oleh-Nya untuk menulis.

Bertemankan roti canai banjir baik punya dan air teh halia serta satu bowl tembakau Full Virginia dari SG dengan pipe jagung/Corncob jadi pilihan. Kita sambung topik yang lepas. Sekarang kita bercerita tentang komponen/struktur dalaman penghasilan cigar buatan tangan.

------------------------------------------------
ANATOMI SEBATANG CIGAR
------------------------------------------------

Sebatang cigar mengandungi tiga komponen utama iaitu Filler, Binder dan Wrapper.

-------------
A)FILLER
-------------

Filler adalah struktur ataupun intipati campuran yang paling penting untuk menghasilkan cigar. Boleh dikatakan ia berfungsi sebagai jantung kepada cigar.

Ia adalah bahagian terbesar dalam struktur cigar di mana terdapat 2 hingga 5 helai daun tembakau berlainan digulung bersama dan disusun bermula dari atas, tengah dan bawah.

Ramuan yang penting ini memainkan peranan yang besar dalam memberi rasa dan kesempurnaan kepada setiap cigar.

Di sini lah karektor cigar itu bermula. Keunikan serta cara penstrukturan/pengadunan ini sangat penting dalam menghasilkan identiti dan rasa yang berlainan pada setiap cigar.

Campuran daun-daun tembakau dari pelbagai negara juga menjadikan cigar unik dan berbeza antara satu sama lain.

Struktur dan Pembuatan Filler
------------------------------------------

Terdapat tiga jenis Filler yang berlainan (sila rujuk gambar). Ia akan digulung/dilipat bersama secara kemas dan teratur seperti kita dapat lihat di penghujung (Foot) setiap cigar. Lipatan/gulungan ini yang menentukan kualiti dan rasa cigar.

Di sinilah seni cigar buatan tangan. Ia samalah juga seperti sebuah karya ataupun seni kraftangan. Berlainan pula dengan proses pembuatan cigar dari mesin. Itu akan kita kongsikan pada entry akan datang.

Di dalam setiap Filler, terdapat tiga lapisan daun tembakau digunakan iaitu:

1-Ligero

Daun ini terletak di bahagian atas pokok tembakau (pucuk). Ligero paling banyak terdedah kepada cahaya kerana kedudukannya yang paling atas menyebabkan warnanya sedikit gelap.

Ligero juga merupakan daun tembakau yang kaya dengan perisa berbanding komponen lain Filler. Dalam ramuan untuk setiap cigar, biasanya Ligero berada di tengah kerana daun Ligero ini pembakarannya perlahan.

Kalau lenteng kita campur cengkih untuk slow burning dan penambah rasa, begitulah fungsi Ligero kepada cigar.

2-Seco (kering)

Daun ini diambil dari bahagian tengah pokok tembakau. Rasa dan warnanya lebih ringan berbanding dengan ligero. Kedudukannya di dalam Filler ialah lapisan selepas Ligero.

3-Volado

Volado merupakan daun dari bahagian bawah pokok tembakau. Ia digunakan untuk bahagian luar cigar (sesuai untuk penyalaan cigar). Volado juga memberi sedikit kesan kepada rasa tembakau.

---------------
B) BINDER
---------------
Binder adalah sehelai daun tembakau yang digunakan untuk menggulung filler. Akan dililit sekitar filler agar ia kemas dan rapi. Lebih tepat lagi disebut sebagai pengikat filler.

Binder melengkapkan kekuatan filler dan rasa, tetapi tidak menambah rasa yang lebih kepada cigar.

Ia biasanya tebal dan lebih kuat daripada pembalut luaran (wrapper). Binder dipilih kerana ketahanannya dan sering dijumpai di bahagian atas pokok tembakau (seko).

--------------------
C) WRAPPER
--------------------

Wrapper adalah daun balutan yang paling luar sekali. Ia adalah sehelai daun tembakau yang membaluti atau melilit kemas filler dan binder.

Wrapper haruslah sempurna dan cantik. Tiada kedutan, lubang atau kecacatan pada permukaan daun ini. Kerana ia akan menjejaskan rasa dan kualiti pada cigar itu sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca, Wrapper adalah komponen yang paling mahal sekali di dalam proses membuat cigar.

CIGAR @ cerut ...satu gaya hidup mewah ?


Pada saya..menghisap cigar @ cerut telah menjadi gaya hidup selain berpipe. Ia sesuatu yang menyeronokkan, malah lebih selamat daripada menghisap rokok di mana cerut mengandungi 100% organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya berbanding rokok biasa..mungkin bagi sesetengah mereka yang tidak merokok ini merupakan ayat klise biasa bagi perokok tegar spt saya.

Apa itu cigar @ cerut..?
Cigar atau cerut adalah sejenis tembakau yang digulung dan bahan tembakau yang telah dikeringkan serta diperam. Tembakau yang digunakan dalam penghasilan cigar bersih daripada sebarang chemical, nikotin dan tar bukan seperti rokok.
Cara menghisap cigar tidak seperti menghisap rokok dan cigar tidak boleh disedut seperti rokok. Sebatang cigar hanya disedut dan asap dikumpulkan di dalam mulut kemudian dihembus keluar perlahan- lahan. Namun, ada sesetengah orang tidak menggemari baunya yang sangat kuat.

Antara pengeluar cigar terbaik di dunia adalah dari negara Cuba di Kepulauan Carribean. Terdapat juga negara pengeluar lain yang kualiti setanding seperti Nicaragua, Republik Dominican, Honduras, USA serta Indonesia. Sejarawan menegaskan bahawa ladang tembakau pertama diusahakan pada abad ke-18 oleh negara-negara timur tengah dan telah berkembang ke negara barat sejak tercetusnya revolusi perindustrian dan pertanian di Eropah. Sejak itu, tembakau menjadi komoditi eksport utama seluruh rantau eropah dan dunia.

Terdapat tiga kawasan terbaik di negara Cuba dalam pengeluaran tembakau cigar berkualiti tinggi iaitu di Vuelta Arriba, Partido Semi Vuelta dan Vuelta Abajo. Hal ini disebabkan kerana struktur tanah dan cuaca yang sangat sesuai untuk penghasilan daun tembakau terbaik.

Daun tembakau biasanya ditanam di kawasan tropika di mana suhu sentiasa hangat dan kelembapan yang sangat tinggi. Oleh itu, cara penyimpanan (storage) amat dititik berat untuk menjaga mutu dan kualiti daun tembakau dengan suhu yang sentiasa dipantau.

Pada masa dahulu, proses penghasilan cigar daripada daun tembakau terpilih mengambil masa lebih 12 bulan sebelum dipasarkan, tetapi sekarang pemprosesannya dikurangkan menjadi 6 bulan akibat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, kualiti cigar tetap dijaga semasa proses penghasilan dan pengilangan.

Semasa proses penghasilan cigar dilakukan, jenis potongan daun tembakau amat dititikberatkan. Jenis potongan cigar akan memberikan rasa yang berbeza. Terdapat tiga jenis potongan iaitu potongan kecil, sederhana dan potongan penuh. Semakin panjang atau penuh potongan akan memberikan rasa tembakau yang kuat dan mengeluarkan asap yang banyak ketika dusedut.

Kualiti sesuatu cigar bergantung 100% pada proses pengeluaran. Malah kualiti sebatang cigar buatan tangan dipercayai bergantung kepada 'mood' atau perasaan seseorang penggulung (torcedor) sewaktu menghasilkannya. Semasa di kilang, setiap torcedor hanya dibenarkan menggulung sejenis cigar sahaja. Hal ini penting bagi memastikan konsistensi kualiti cigar yang dihasilkan. Misalnya torcedor cigar berkemahiran tahap tinggi iaitu tahap 9, hanya dibenarkan menggulung cigar bersaiz besar bagi memastikan jaminan kualiti cigar itu.  Selain kemahiran menggulung, kepakaran memilih daun tembakau dan menggabungkan rasa mengikut permintaan pelanggan adalah satu kemestian yang perlu ada pada semua penggulung cigar. Penghasilan sebatang cigar yang baik dan berkualiti adalah satu proses yang menyeluruh, daripada proses penanaman tembakau, penuaian sehinggalah pemilihan daun, penggulungan dan pembungkusan perlu dilakukan secara teliti.

Apabila berbicara tentang pemilihan cigar, sudah pasti kita tidak terlepas dengan perkataan "maduro". Maduro bermaksud "matang" atau "masak" dalam bahasa Sepanyol. Sebab itulah cigar jenis maduro bewarna coklat gelap. Proses menghasilkan daun tembakau pembalut maduro memakan tempoh yang lama. Selepas daun dipetik, ia disimpan dalam bangsal pengawetan sehingga 45 haru sehingga warna daun tembakau bertukar dari hijau kekuningan ke warna perang. Daun ini kemudian disimpan selama bertahun-tahun untuk mencapai warna yang lebih gelap. Proses penuaan ini dilakukan bagi mengeluarkan kandungan gula semulajadi dalam daun tembakau, menjadikan cigar lebih gelap berkaramel serta menghasilkan aroma manis yang berbeza-beza. Daun tembakau yang digunakan untuk menghasilkan pembalut maduro biasanya lebih tebal kerana perlu melibatkan proses penapaian yang lebih lama. Sekiranya daun tembakau nipis, daun pembalut akan mudah hancur.

Apa itu cigar boutique..?
Cigar boutique ialah cigar yang menawarkan rasa yang konsisten serta berkualiti dan dihasilkan dalam jumlah pengeluaran yang kecil. Setiap pengeluar biasanya akan memastikan cigar keluaran mereka memenuhi standard kualiti yang sangat ketat. Sebab itu pengeluaran cigar boutique amat menitikberatkan proses penghasilan dan pengeluarannya yang sangat istimewa. Oleh itu cigar boutique menawarkan gabungan dalam penghasilan cigar yang mempunyai profil rasa serta aroma yang unik dan sangat istimewa kepada peminat cigar. Penghasilan cigar boutique tidak ditentukan oleh mekanisme harga pasaran biasa tetapi berdasarkan kualiti dan keunikan rasanya yang istimewa. Antara jenama pengeluar cigar boutique yang terkenal seperti syarikat Drew Estate, Oliva dan My Father. Manakala antara jenama cigar yang popular dalam kalangan peminat seluruh dunia yang melambangkan gaya status ialah Cohiba, Hoyo de Monterrey, Romeo Y Julieta, Davidoff, Trinidad dan Fonseca.

Sama ada sebatang cigar itu dibuat dengan tangan atau mesin, proses pembuatan cigar adalah satu seni bagi menghasilkan cigar berkualiti tinggi dengan rasa dan aroma unik dan tersendiri. Oleh itu, setiap pengeluar mempunyai kaedah tersendiri yang unik dan penuh rahsia dalam menghasilkan produk terbaik di pasaran seluruh dunia.





Lapisan daun tembakau untuk menghasilkan lebih berkualiti.



Pilihan cigar boutique dipasaran





Tuesday, September 10, 2019

Dunhill Standart Mixture

Assalamualaikum & Selamat Pagi
Maafkan sy,

baccy bangsawan...

Dunhill Standard Mixture (boleh beli tp jgn kerap² 💵  😫)

untuk review kali saya pendekkan sedikit aturcaranya sebab lebih kurang kita bantai Dunhill kotak tak lari jauh,
hint sedikit bauan dan rasa latakia (lebih pd bauan tembakau)
Rasa nikmatnya seperti kita merokok kerana mungkin posisi oriental/turkish telah mengambil alih sepenuhnya,
manakala virginianya terus menghilang ditelan pengimbangan oriental/turkish tersebut,



kepaduan Nic 'O tidak menjalar sepanjang puffing / akhiranya (sweet² moderate), kata pangkal memang cukup - cukup sahaja, sedang-sedang aja... Pengemar/Perokok tembakau yang budiman sebelum ini sesuai untuk anda...
Dengan percubaan 0.75' width 1.5' depth bowl saya habiskan dalam masa 40mnt dengan cukup-cukup tenang...
English blend yang baik lembut apa boleh buat keluaran Dunhill ini tidak mengecewakan walaupun lembut tapi puas...
Sy tak kata puas sebowl klau boleh sekali kena nak lagi tiga empat bowl wakakak... Otaimer yang selalu menggunakan baccy ini tentu lebih faham dari saya,

 jika ada kesulitan atau ketaksamaan dari pandangan anda teguran amatlah terbuka untuk saya menerimanya..
👍 Sy juga nk boh lagi sedas dua tapi....
Cuma saya sahaja nak kurangkan aliran Nic 'O untuk buat review seterusnya supaya sy dpt mengesan hit² baccy y lain hehaha...
Tu sbb proses 1bowl 1shot 1day kikiki selamat berpipa all's kanda 😘

Psstt..
Pandangan sy shj lidah kita berbeza saiz 🙏

#DSM
#CcKoboi
#TasteManiac
#RoPP
#PooPipe'S 🐝
#SangkaributSarangBuatPandai
💚💛❤

Soalan tentan Alco

Soalan

Assalamualaikum & Selamat Petang,
Maafkan sy, ads sedikit kegusaran mohon kekanda all's berikan sedikit jalan rungkaian...
👌 ada sebatang pipe branding Alco, barang nmpk seakan sama pipe branding Falcon.
Pokok ceriteranya boleh ke bowl Falcon diguna pakai masuk?
Atau masihkah ada dipasaran menjualnya (bowl pasaran tempatan)
Dn menjadi lebih kegusaran xdpt melihat tripnya kerana barang xdak kat tangan hehuuuu...




Jawapan

Paip pertama saya adalah Alco, pemberian ayah pada tahun 1970.
Dan masih ada dalam simpanan saya.
Jenama ni dibuat dengan mengikir 'F' dan 'N' dari Falcon menjadi Alco.
Falcon Pipes membuat keputusan ini setelah dapati pembuat paip Comoy sudah memasarkan paip guna jenama Falcon.
Hanya bila Comoy berhentikan siri Falconnya barulah Falcon Pipes guna balik jenama Falcon untuk paip2nya, dan meneruskan jenama Alco tapi merubahkan designnya.
Kelainan design yang paling ketara ialah dari segi threading, yaini, thread bagi Alco lebih nipis dari thread Falcon.
Maka bowl Alco tak boleh ditukar ganti dengan bowl Falcon.

Pengetahuan tentang temper

Soalan : Tamper..

kenapa ia di sebut tamper..
kenapa tak di sebut pencungkil paip..
apakah kegunaan tamper ini yang sebenar benar nya..
berapa kerap..
bila dan bagaimana teknik menggunakan tamper ini..
semoga mendapat penjelasan yang berguna untok kita semua..

JAWAPAN

Panggil tempeyek kang ada yang kunyah nanti😅
Tamper/Penekan -
1. Menekan tembakau
2. Rimmer/pengorek lebihan tembakau
3. Membuat rongga angin tembakau

*1. Semasa/ketika pembakaran tembakau boleh dilihat ianya menjadi arang/debu² melenting dan ketika itu berkehendakkan meratakan tembakau supaya nyalaannya lebih teratur

*2. Setelah selesai puffing baki serdak tembakau yang melekat di dinding bowl atau pun cake menebal boleh la cedok buang dgn bentuk yang berbentuk sudu tu dengan perlahan²

*3. Seperti pin bila kita puff dan tekan dah tentu tembakaunya padat serta debu² dilapisan atas tu menyulitkan utk pengepuffan so gunakan seperti jarum tu utk buat sedikit lorong/ruang udara
Kekerapan penggunaan tamper ikut suka hati selagi debu smart kat dlm bowl takyah tamp dah kut bara dah berkurang boleh pedap² tapi tidak terlalu kuat hanya tapping sahaja..
Itu sedikit sebanyak dr pandangan sy 😁











Friday, September 6, 2019

Identiti peribadi. Kita tak pilih paip, paip pilih kita.

Assalamualaikum & Selamat Petang,
Maafkan saya,
disini PkNana ada persoalan dimana sekadar collect data untuk bikin panduan mahupun sebaliknya...
Secara pendapat peribadi kepadaPiper's semua apa yang anda berkehendakkan daripada sebatang pipe?
Soalannya umum bukan?
So jwpannya pun random...
(ikut suka lagi bernas lagi 
bagus 👍) meh sesama beraktiviti berkongsi silah ❤




#GambarSekadarHiasan
#RoPP
#PooPipe'S 🐝
#SangkaributSarangBuatPandai
💚💛❤

Thursday, September 5, 2019

Jenis tobacco

Rattray's Bagpiper's Dream
Blend Type: Aromatic
Content: Black Cavendish, Virginia
Flavouring: Cognac
Cut: Ribbon




..


Robert McConnell Scottish Blend
Content: Latakia, Oriental/ Turkish, Virginia
Cut: Ribbon



Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...