Sunday, November 17, 2019

MEMALAM SHANK CC

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Maafkan sy, Salam mingguan buat semua... ✌
Semalam gatei mulot nyonyot smp terkeluaq shank 😄 harini kena la sumbat balik 😂 baru leh nyonyot kembali... Kikiki...
Pehni nk try ilmu y dipanjangkan kanda Joe Kamari 'Air Pocket' dimana ianya smp serdut abu 😅...
Sharing is caring, Caring is com sekali 😘😝



Saturday, November 16, 2019

jika ter jadi dekat pipe korang

Assalamualaikum & Selamat Siang
Maafkan sy, aduiiiiii apo la tercabuit nenen nim... Betui punya dok layan sedot hangit torey... 😬 sedih betuiii... 😅😂 y ni la PkNana dok tggu² akhirnya dia rela tercabuit sendiri💪 senang skit nk buat kerja hahaha... 






Begini ceritanya setiap MM Corn Cob pipe ni dia ada lebihan shank dimana ianya boleh menyebabkan pembakaran baccy tidak smp ke dasar walau apa pon cara pack method sekalipon.
Pasti akan tinggai saki baki baccy y x terbakar... 
(ada gambar contoh) so selalunya utk merialisasikan setiap pengguna CC owner akan cuba korek buang lebihan shank tersebut.. 
(ada example picture) Berbagai cara.. 
Ada y korek pakai carve knife, ada y lepas je puff panas² cuba cabut shank sbb gamnya lembut dn mudah utk cabut, dn manakala skill PkNana pula akan puff seperti biasa... Maksudnya... 
Bila puff Cc ni smp ke lebihan shank itu kita akan merasai seperti puff/sedut asap kayu (kurang enak) Pknana abaikan rs tu.. 
Setiap kali habis puff PkNana akan buang arang pd lebihan shank itu, korek pakai 'Pick'ada pd czech toll tamper (tamper besi biasa tu) buang arang tu smp nipis sehinggalah ianya terpisah dr dinding dn dasar bowl... 
Pastu dgn mudahnya ia tertanggal sendiri dr bowl... Y penting SABAR... Bagaimana pula nk cantumkan semula? Haaaa... Bijak... Nnt PkNana ceritakan...
 Buat dulu step ni belajar banyak² nnt pening miahahaha (Eksyen) 😅😝 ok disini ada keperluan juga utk buat ash mud bergantung pd dasar Cc anda atau keselesaan sendiri.. 
Maksud PkNana kekadang ada beberapa jenis Cc ni shank (air draught) dia tergantung dr dasar so bila puff nk baccy habis terbakar kena la levelkan dasar dn air draught... 
Klau x boleh je puff tp kena conget²kan la bowl dh macam kemarok kuih raya makan smp seredak... 
Thrilled tuh baq hiang... 
Oraite kita stop sat bab tu sbb PkNana xmo masuk lg bab tu y penting selamat mencuba dn bersabar... 
Jgn jahanamkan Cc anda sayang woooo... 
Tp ini bukanlah suatu paksaan atau ikutan dr PkNana ya cumanya sebagai info serta jln penyelesaian jika dok tgh² puff tercbuit dn anda merasa kecewa lalu membuangnya dn xmahu lg pakai Cc... 
Sbb spt takdak kualiti namun bg PkNana inilah seni/kesinambungan memaip. 
Bukan hanya load/pack/cucuh/sedut/selesai hahahaha... 
Pemaip ni sensetiviti dia power x kira baru atau lama tentu kreativitinya menyerlah kikiki.
Oraite kekanda all's sweet minggu 😘 jumpa lagey. 
Jgn cempera naga mau rilek surrrrrrkerkeerk... ✌

💚💛❤

Tuesday, November 12, 2019

SHARING

Sharing is caring. 
perasan tak ada lapisan nipis hitam dalam paip baru? kenapa dan apa fungsinya? Sebenarnya ia di panggil “charcoal” atau orang kita panggil arang. 


Senang je nak buat tu, gosok arang dekat kertas pasir lepastu bancuh dengan air, pinjam berus anak atau bini sapu nipis-nipis. Sesetengah orang kata paip baru boleh la, macam mana dengan paip lama? Nak rasa jugak pergi kedai beli filter yg ada charcoal. 

Sebenarnya bila goggle godek2, baca komen ada juga orang yang memang hendakkan rasa arang tu dalam asap paip dan Sebab itu juga di buat filter charcoal. Katanya tak jejaskan rasa, tapi arang mampu mengurangkan nikotin dan kelembapan kayu disebabkan oleh tar(minyak).

Ini sebenarnya satu non-issue, kerana saya belum pernah dengar ada orang sapu arang kat bowl dia. 

Nipiskan cake (lapisan arang) kat bowl tu ada la. Setahu saya, lapisan cake keliling bowl tu mesti la senipis duit siling 50 sen untuk menghindari bowl dari retak. 

Jadi pasal arang ni, sebenarnya hanya disaluti keliling bowl semasa paip tu baru oleh beberapa pembuat paip. 
Ini bukan untuk rasa, tapi lebih kepada menolong pemaip break-in sesuatu pipe baru supaya bowl baru tu tak terbakar. 

DAN supaya senang bowl tu disaluti arang asap temako untuk menjadi cake semasa breaking-in. Perkara kedua ialah adanya pemaip yang nakkan rasa arang, maka sebab tu filter gunakan arang? Ini sudah jauh lari dari kenyataan. Arang (charcoal) adalah filter terbaik untuk udara dan air dan ramai kata minum air yang ditapis arang manis rasanya. Air tu terasa manis kerana ianya bersih setelah ditapis, bukan arang tu yang buat dia manis. Begitu juga dengan filter paip yang dibuat dari arang, ianya menapis bahan2 yang memudaratkan dan membersihkan aroma2 asap paip tu. Itu saja. Sebenarnya arang (charcoal) terbaik dalam dunia ni adalah arang yang diperbuat dari tempurong kelapa yang dibakar. Telah dikaji bahawa arang tempurong kelapa sebesar kotak mancis boleh menapis dan membersihkan udara seluas satu gelanggang tenis atau air sebesar kolam mandi hotel. Bayangkan kebaikan arang sebagai pipe filter. Bayangkan juga bahawa dalam dunia ni hanya ada satu kilang saja yang membuat arang dari tempurong kelapa (pharmaceutical grade) dan kilang itu dah lama beroperasi di Malaysia. Ada paip2 saya yang berfilter, dan dari pengalaman, filter terbaik (pada saya la) ialah Dr Perl Junior buatan Vauen, besar kemungkinan dari arang yang dieksport dari Malaysia. Orait la sahabat2, sweetsmokes.

Assalamualaikum & Selamat Pagi, Maafkan sy, yo dookie hereie²... What a surprise dude... Pertama kali buka tin semerbak ngauman raspberr...